Monday, April 20, 2009

CATATAN HUJUNG MINGGU

Seperti biasa kitorang balik Keramat di hujung minggu. Bezanya baru-baru ini ialah perkara-perkara yang tersebut di bawah:

1. Kenduri kawin anak Abang Salim kat Dewan Beringin, Taman Seri Gombak. Lauk orang kawin yang macam biasalah, kan? Yang bestnya ada aiskrim. Ini tak payah beli punya. Free! Tapi beratur masyaallah panjang. Tapi aku berjaya jugak mendapatkannya.

2. Sepanjang kenduri tersebut, Mikael dipegang oleh neneknya, nenek-neneknya yang lain dan tok-toknya yang lain. Habis dibeleknya anak aku. Tengah comel, semualah suka nak pegang. Yang penting, dia tak menangis.

3. Cuaca memang panas. Aku dengan Mikael siap lawan berpeluh.

4. Malam pulak ada kenduri cukur jambul kat Ulu Klang, rumah pakcik Shidah. Meraikan cuculah kiranya nih. Lauknya confirm lah kambing. Kambing masak Kuzi tu biasalah kan? Yang bestnya ada kambing bakar! Hahaha 2 keping aku sebat! Nasib baik liat sikit. Kalau tak mau 5 keping!

5. Masa majlis malam tu juga aku "ter"jumpa junior aku Adi Sazlimi. Bini si Adi nih adalah adik Lazli, kawan Shidah. Tapi, apa ke jadah dia kat majlis nih? Rupanya mereka adalah kawan kepada bapak baby yang dicukur jambulnya malam itu. Keciknya dunia.

6. Yang paling terbest ialah, aku dah dapat Crocs baru aku hahahaha!

8 comments:

tembakau said...

mmmmm...kambiang kuzi...bakar pulak tu...sos mint ada??

pye:rudz said...

yang baru ni takde sos mint. kat umah aku itu ari ada. memang meleleh air liur beb!

kookabooras said...

kambing kuzi ngan kambing bakar? kambing usop ngan kambing karim ade x? hehe

pye:rudz said...

kookabooras: hahaha lawak tak tercapai akal. woi! update lah blog nkau!

JuJu Eyedaa said...

what a small world kan? Abg Wazata Zain ada? :)

pye:rudz said...

ju: absent kot.

Kotak Keranda said...

mak wa masak kuzi dagiang smalam..

mamabio said...

mak wazata zain ada laa..