Wednesday, April 1, 2009

SPEAKPEAK

Dalam waktu-waktu yang genting dengan kerja ni, Ketua Jabatan aku boleh hantar aku pegi kursus public speaking pulak. Apa ke jadah? Aku bukan nak jadi ahli politik pun. Jauh sekali akan dihantar untuk berhujah dalam kempen di Bukit Gantang.

Suka tak suka kenalah aku pergi jugak. Nasib baik buat dalam rumah je (in-house). Menarik... bukan tak menarik kursus tu. Bagus jugak untuk menambah ilmu di dada yang tak seberapa nih. Tapi, timing nya yang tak berapa nak menarik. Dan, mengenangkan aku pernah mintak pengecualian dari menghadiri kursus suatu ketika dulu, maka terpaksalah aku gagahkan jua kursus kali ini. Nanti tak dapat naik gaji, lagi masak aku. Saja nak jadi sebab dan musabab kan?

Kursus tu 3 hari. Dia punya sengal toksah cakap. Memang the King of Sengal. Menarik bila time orang present tergagap-gagap, lost for words (blank) dan ayat tunggang-langgang. Hahaha macam gampang, termasuklah aku hahaha. Cilaka.

Kesimpulannya, bukan senang nak buat public speaking especially bila kita kena ikut segala teknik dan cara yang betul. Macam terkepit rasanya. Tak boleh nak sesuka hati. Selama ni aku main belasah je, janji information dan mesej sampai kepada khalayak dah cukup sukses bagi aku.

Yang lebih menarik ialah, aku rasa kalau aku dibekalkan dengan nota-nota untuk kursus ni rasanya aku juga boleh jadi seorang fasilitator untuk public speaking. Taklah susah mana pun aku tengok (kau dah abis kursus bolehlah eksyen)...


Nota: Kadang-kadang kita rasa kita boleh tapi sebenarnya tak berapa boleh.

7 comments:

Najwa Aiman said...

Bro... itu course material boleh kongsi ke? Nak...!!! Hehehehehe...

pye:rudz said...

itulah masalahnya. dia tak bagi. gua catat dalam buku nota je. kalau sanggup nak baca tulisan tangan gua, nanti gua fotostat kan. amacam?

naziah said...

paling best masa time org lain buat presentation. time tu la aku beria mengomen ala simon cowell/roslan aziz... jahat sungguh! berlagak gitu since i have no problem talking shit in front of people.... heh....
p/s: note the word 'shit'... I'm only good at talking crap and make no sense.... Might as well x talk at all.

Lynn said...

haha bagus apa pergi course macam tu. if not to improve obvious skills, it can also boost self confidence gitu :D

pye:rudz said...

naziah: ada tokoh jadi politician kau nih hehehehe...

lynn: memang bagus, tapi selalunya kursus yang menarik nih timingnya tak berapa kacip dengan waktu diriku yang begitu berharga ini (cheh)

tembakau said...

eeeekkk...me fail english? that are unpossible

pye:rudz said...

tembakau: yes, no, alright...