Wednesday, May 13, 2009

DULU

Dulu aku ialah seorang kanak-kanak yang mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan mungkin kanak-kanak lain pun ada yang macam aku. Tapi sesetengah imaginasi aku hanya tinggal imaginasi.

Dulu aku ingat tanda TO LET di bangunan rumah kedai adalah kesilapan ejaan untuk TOILET yang tidak disengajakan.


Ini ialah berudu, bukan ikan ye adik-adik

Dulu aku ingat berudu itu adalah anak ikan sehinggalah ia tumbuh kaki.

Dulu aku ingat telur ayam yang baru keluar dari bontot ayam adalah lembik dan kemudian barulah menjadi keras. Rupanya tidak, dia keluar seketul-seketul kata mak aku.

Dulu aku ingat aku boleh jadi Spider-Man dengan membenarkan labah-labah menggigit aku. Puas aku tangkap labah-labah dan suruh dia gigit aku tapi dia taknak.

Dulu aku ingat oreng kenit (tinggi 2 inci) itu wujud. Dan aku juga boleh mintak mereka menjadikan aku sekenit mereka. Oleh itu, aku pun mempersiapkan rumah kenit aku in case aku "ter"jadi orang kenit 2 inci. Tapi aku dapati badan aku semakin membesar dan sampai sekarang aku tak pernah jumpa orang kenit 2 inci tu. Rumah kenit aku pun entah ke mana.

Dulu aku ingat jatuh basikal dan luka lutut dan siku adalah yang paling sakit. Rupanya sakit di hati adalah lagi sakit dari semua sakit.

Dulu aku ingat jadi orang besar (dewasa) tu best, namun sangkaan aku meleset.

7 comments:

raddy said...

dulu aku ingat kat hujung laut kat PD tu ada paip besar nak mampos.. pasal semua orang asyik cakap air pasang la, air surut la, aku ingat ada orang jaga paip tu kasik pasang ngan katup...ikut suka dia..Lol (imaginasi aku sebelum masuk skolah)

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

dulu aku ingat...sekarang kerap lupa...sudah tua...

pearl said...

dulu aku pun rasa tak sabar nak jadi orang 'besar' bebas, tak payah pegi sekolah dan buat kerja rumah. Sekarang aku rasa zaman sekolah yang paling best..kalau boleh tak payah kerja! ;0

pye:rudz said...

raddy: kehkehkeh... paip besar...

a.k.u.p.e.n.t.o.i: tanda umur dah meningkat tu.

pearl: best kan?

Najwa Aiman said...

Orang kenit 2 inci????

naziahnawawie said...

org kenit... hahahhahaahahahhahhahah! di story goes, if you see batu yg berkilat, itu rumah org kenit... aku pun pegi la cari baru berkilat...

Anonymous said...

It is also possible Abercrombie and Fitch today to create your Abercrombie own custom polo shirts Abercrombie Sale wherein you can have your Cheap Abercrombie own logo embroidered Abercrombie outlet on the front of the shirt. abercrombie Jeans These custom polos are ideal for companies that are hosting an event of some kind. Abercrombie Pants They are also great to give away as promotional Abercrombie Tees items to company personnel for work well done. Clubs of all types take advantage of
Abercrombie Shorts custom polo shirts as do sports teams who wish to have all members Abercrombie Sweaters dressed the same when traveling together. Customized shirts are also great to use as staff clothing or uniforms for pubs, restaurants, hotels and a wide variety of other types of businesses.One of the most popular companies in business today that offers the custom polo shirts is LEADapparel. This online retailer offers custom embroidery services on orders of twelve or more shirts. The embroidery done is perfect and of the highest quality. Orders are processed quickly and shipped out within just a few days.