Wednesday, July 15, 2009

MASA DEPAN

Aku berkerja di sebuah IPT swasta. Terus-terang aku cakap yang aku sangat risau dan susah hati melihatkan sikap dan perangai budak-budak/remaja hari ini. Lagi merisaukan bila memikirkan yang mereka-mereka inilah yang bakal menerajui negara kita.

Banyak kes-kes jenayah yang melibatkan remaja kita dengar dan lihat sejak kebelakangan ini di media. Apakah punca sebenarnya yang membuatkan remaja hari ini berkelakuan kurang ajar, tiada rasa hormat dan semakin berani tidak bertempat? Aku pun tak tau.

Rakan-rakan yang seangkatan dengan aku pasti bersetuju (agaknyalah) jika aku katakan: Zaman kita dulu tidaklah seteruk ini. Memang ada jugak yang nakal dan jahat tapi rasanya kita masih ada rasa hormat pada yang lebih tua. Sejahat-jahat kita pun bila ditegur atau dimarah kita cuma akan tunduk, dengar dan pekakkan telinga saja.

Budak-budak sekarang, maaf cakaplah, kurang ajar. Nak melawan saja. Lagi kita tegur, lagi kita cakap, lagi dia nak tinggi suara, lagi dia nak melawan. Dan yang aku lagi menyampah, 99.999% ialah orang Melayu.

Misalnya, bila tidak dibenarkan mendaftar sebab berambut panjang, dia mula melawan sampai nak tinggi-tinggi suara macam seolah-olah dia tidak bersalah. Padahal itu adalah peraturan dan mereka tau itu adalah peraturan. Pointnya, memotong rambut mengikut peraturan institut adalah suatu isu besar kepada mereka! Seolah-olah itu adalah isu hidup dan mati! Dan mereka tidak berminat untuk membincangkan atau memperdebatkan isu kenapa gred mereka menurun atau apakah projek tahun akhir mereka. Walhal itulah isu masa depan mereka.

Niat aku hanyalah ingin mendidik anak bangsa. Dan aku percaya semuanya berpunca daripada sikap. Dengan sikap atau attitude yang betul, sesiapapun boleh maju dan berjaya. Orang Melayu pantang dicabar. Cuba "tegur" sikit kalau tak percaya dan tengok dia punya melenting macam nak runtuh langit. Betullah tu. Tapi biar kena pada tempatnya.

Dan kita masih tertanya-tanya kenapa orang Melayu susah benar hendak maju dan masih belum mampu bersaing di bumi sendiri.

Sekian, terima kasih.

15 comments:

la Signora said...

Tak payah kat sane, kat sini pun orang melayu dah tak macam melayu jugak.Aku pulak?Sungguh bangga jadi melayu, pakai baju kurung, pakai baju tidur kaftan, pakai kain batik time pegi urut sampai tukang urut aku terpinga-pinga (towel yang disediakan amatlah 'kecik'.Malu beta).Sungguh bangga beli ikan 'SMILING FISH' lam tin tu...beli Baked Beans AYAM BRAND.Kat sane lak, tak tau nak cakap ape.Pernah mengajar di sekolah menengah sebagai cikgu ganti.Sungguh traumatik, tapi time tu betul-betul berterimakasih dengan mereka yang bergelar 'cikgu'.What a noble profession.Apsal bebudak hari ni?Banyak sangat makan ayam KFC kot.

Fa-T said...

banyak makan dari sumber yang was-was... tu yang degil...

artisticklytouch said...

diaorang punya penaakulan untuk kematangan agak lewat bro...kasi sabar sket ha...

ko jangan tak percaya, diaorang pun membincangkan mengenai melayu yang mundur di bumi sendiri

mamabio said...

banyak2 perkara, unsur negatif jugak yg diorg absorb. tu yg susah tu. nak buat camne.. beyond our control. kita buatlah apa yg termampu..

treefwog said...

hahaha..remaja dulu tak terdedah sgt ngan benda 'asing'. skang neh smer benda terdedah. dari segi pakaian, hidangan makanan, kes rasuah, kes sumbang-mambang.. segala bapak dedah..didedah-dedahkan.. haisk! penin wa!

Unknown said...

mungkin itu juga kita pada pandangan org tua dulu2 barangkali...

tapi dulu happy la. dulu tak gelut.

aku menyalahkan marketing skrg yg terlalu promote lifestyle. sampai benda tu dah menjadi segalanya utk hidup ni. lagu cinta skrg, kalu tak dapat awek tu, mati darah semua klua.

maaf sbb aku rasa sgt sekarang kita penuh dalam kehidupan tapi tipis dalam rohani.

alamakkk

y so siliouss?

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

boleh....cuma jgn diketotkan pemikiran org kita....org kita dimana2...disetiap lorong.....

Najwa Aiman said...

Dulu muzik rock tu bagi orang-orang tua sebelum aku ialah muzik setan. Sekarang... err... hmmm... Sekarang orang-orang tua yang kata muzik rock tu muzik setan semua dah mati la pulok...

Dan aku yang menggantikan tempat mereka untuk memberi label kepada muzik selain rock... Adoi laaa...

me3n said...

Peranan mak bapak 10%, persekitaran dan lain2 10%, sikap sendiri 80%.

Unknown said...

aku pun tertanya tanya soalan yang sama.! aku rasa kekadang org melayu ni cuma tau banyak complain itu tak kena ini tak kena..tanpa nak pikir macamana nak solve kan problem..diaorg lebih senang orang lain yang pikir!
Kita masih pikir "tak ape"...
"ini bukan keja aku", "aku tak susahkan orang..suka hati aku nak buat apa"

sang kegelapan said...

Pernah mengajar di sekolah menengah sebagai cikgu ganti.Sungguh traumatik, tapi time tu betul-betul berterimakasih dengan mereka yang bergelar 'cikgu'.- la Signora

kisah aku bergelar cikgu gstt slama sebulan pn aku xdpt lupe..same mcm ko signora..bukekan mate aku tentang jadi cikgu ni..mmg mencabar macam daki gunung everest beb..

nasazfrog... said...

betul la bro,, sekarang ni mmg bangsa kita yang banyak terjebak dgn unsur2 yang negatif ni,, payah kan sebab tak tau camne nak bentuk org melayu kita ni supaya hidup dalam berlandaskan hukum hakam kita.. :)

kuchalana said...

aku ada kedai kat 2 universiti awam. Pakai tudung labuh.. tapi dalam laptop mcm2 gambo ada.. klu gambo mat saleh ke layan stim la jugak.. ni gambo diri sendiri... nak tergelak pon ada...

bokbon said...

sikap tu, dimana-mana saja ada. Gua pun kat ipt, tiap-tiap hari depan mata semua benda ni.

betulla lu cakap, semacam bangga pula mereka amalkan perangai monyet.

pye:rudz said...

la signora: my salute to all teachers!

fa-t: berkemungkinan jugak.

artis: itu alasan basi. menghormati tidak perlu kematangan jitu. kita dari kecik di ajar bersalam dengan orang lebih tua, misalnya.

mamabio: itu yang bengapnya diorang nih.

kotak keranda: dan masyarakat lebih cenderung menyalahkan ibu bapa.

tembakau: hahaha bukan sengaja serious, sekadar renungan bersama.

pentoi: hmm... hanya yang tertutup minda saja yang akan mencaci entri ini, kan?

najwa aiman: tengok, muzik rock yang disalahkan.

ad3ck: setuju.

pearl: sikap takpe tu antara punca masalah sebenarnya. takpelah ehhee.

sang gelap: memang aku salute guru-guru hari ini.

nasazfrog: mari bermula dengan anak-anak kita.

kuchalana: jenis tu pun satu hal beb. ada kat opis aku. tudung labuh bukan main tapi... memanglah tak semua, tapi persepsi tu yang bahaya.

bokbon: dan masih ada yang menyokong teori darwin. hahaha, bongok.