Tuesday, September 15, 2009

SENANDUNG


Tiada album koleksi lagu-lagu Hari Raya yang berjaya memenuhi citarasa halwa telinga aku selain dari album ini. Sejak kecik aku layan sampai naik hafal lagu apa next track after another.

Sekarang payah benar aku nak dengar lagu raya di radio. Apahal ntah? Dah tu lagu raya yang keluar pulak ntahapahapa. Takrif ntahapahapa mengikut telinga aku ialah selain dari lagu raya yang biasa aku dengar masa kecik-kecik dulu. Dan lagu raya yang biasa aku dengar adalah dari album di atas misalnya.

Biasa juga diperdebatkan tentang lagu raya baru/lama ni selain sebagai soalan lazim yang ditanya semasa temubual dengan artis. Mana lebih best lagu raya baru atau lama? Hek eleh, kalau tanya aku mestilah lagu-lagu raya seperti yang terkandung dalam album dia atas. Malar segar (evergreen) bak kata Abby Fana. Secara peribadi, aku memang tak berapa gemar lagu-lagu raya penyanyi asal ini dinyanyikan semula dengan nafas baru. Nafas baru yang berbau. Hahaha.

Tapi kalau kita tanya pada Syamil (anak buah saya) lagu raya mana yang paling best, dia akan jawab lagu Smack That sambil beliau menari-nari dengan gaya yang paling kucar-kacir berdasarkan muzik yang keluar dari handphone bapanya. Kau nak cakap apa? Dia membesar dengan muzik sebegitu.

Hahaha... oh ya, cerita jawapan Syamil tentang lagu raya tadi hanyalah metafora tapi cerita tarian kucar-kacirnya adalah benar belaka.

Jangan skeptikal, saya bukan anti muzik hip-hop, techno atau muzik pung-pang-pung-pang yang seangkatan dengannya. Tidak. Saya juga meminati Prodigy, Too Phat dan Siti Tanjung Perak (eh?).


Nota: Sila perkenalkan kepada anak-anak anda dan generasi seangkatannya dengan keindahan muzik yang sebenar. Muzik Jazz dan Keronchong misalnya.

5 comments:

mamabio said...

saya suka: 'dam dam dum.. bunyi mercun' lagu saloma.. :suka saya la.. heheh.

Najwa Aiman said...

Saya suka Suasana hari Raya nyanyian Sharifah Aini (ada dalam album 16 Koleksi tu) dan juga nyanyian Anuar & Ellina (lagu lain yang sama judul dan tak ada dalam album 16 Koleksi tu)... eheks...

pye:rudz said...

mamabio: oh, versi klasik itu memang lazat didengar.

najwa aiman: gua berjaya mencari chord gitar lagu anuar & elina weekend lepas. fih, rasa macam van halen.

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

dalam album mane ye van helen main cover lagu anuar & elina?

pye:rudz said...

gafaro: cuba semak album gambar ataupun album setem.