Wednesday, February 10, 2010

MINUMLAH

Islam dah kata arak itu haram.

Satu.

Dalam satu keratan akhbar.

8 maut minum arak mengandungi metanol
10/02/2010 3:38am

JAKARTA 10 Feb – Seramai lapan orang terbunuh selepas meminum arak yang bercampur dengan metanol di pulau utama negara ini, Jawa, lapor polis semalam.

Major Syaiful Anwar berkata, kesemua mangsa membeli arak tersebut di kedai yang sama pada Jumaat lalu.

Buat masa ini masih belum ada sebarang tangkapan dibuat. Polis telah menyoal siasat kedai yang menjual minuman terbabit yang terletak di bandar Yogyakarta.

Metanol boleh digunakan sebagai bahan bakar. Tahun lalu, seramai 25 orang terbunuh dalam tempoh dua minggu selepas meminum arak buatan sendiri yang bercampur dengan metanol di pulau peranginan Bali dan Lombok, Indonesia. – AP



Dua.

Perbualan saya dengan seorang rakan bukan Muslim semasa di UTM dulu.

Kau minum beer?

Minumlah sikit-sikit, kadang-kadang. Ah, jarang sangatlah.

Sedap ke minum beer?

Hish, tak sedaplah. Bila minum, badan kau akan rasa panas tau.

Habis tu, kenapa orang minum?

Entah? Aku pun tak tau. Pada aku, baik kau minum sirap limau, lagi sedap. Lagi best. Kau nak cuba minum beer? Tak payahlah. Tak berfaedah pun.


Tiga.

Biasanya semasa melepak di kedai mamak.

Minum apa bos?

Teh O ais satu. Ais kosong satu.

6 comments:

kookabooras said...

ada kes member aku. melau dan islam. die ni kaki minum beer. aku penah tanya die " eh ko ni minum beer, babi ko makan tak?" sambil berpaling dgn muka tak puas hati member aku jawab " Hoi, babi tu haram la bodoh! makan tu nanti jadi darah daging!"

Fa-T said...

ketagih teh lagi STIM!

Najwa Aiman said...

Wa masih minum beer sampai sekarang. Kekadang guna straw. Dulu depa jual dalam botol merata-rata beer ni. Sekarang dah tak ada. Kalau nak juga yang tulen kena pergi ke mana-mana cawangan A&W untuk beli. Leceh betul...

artisticklytouch said...

senario: di kelab malam
masa : malam ar

kawan aku: ko jangan minum air dalam jag neh, haram.
aku: tapi ko minum?

Unknown said...

perlu dikupas lanjut.

pye:rudz said...

kookabooras: kau tak tepuk kepala di sedas?

fa-t: tak boleh banyak-banyak, boleh kena kencing manis beb.

najwa aiman: huh! beer akar memang terbaek!

artis: sila rujuk komen untuk kookabooras.

tembakau: semalam aku baru kupas 4 bijik limau mandarin letak dalam peti ais. senang nak makan esok2 hahaha.