Wednesday, April 28, 2010

RIDE

Umum mengetahui bahawa saya telah pun bertukar kenderaan yang baru walaupun saya tak pernah buat rapat umum. Kereta sedan hitam saya yang lama dah pun ditukar kepada kereta compact hitam.

Tak perlu saya hurai banyak-banyak sebab itu adalah kesukaan hati saya untuk bertukar kepada kereta yang lebih kecil, kan? Kalau saya pakai kereta kebal hatta kereta bancuh simen sekalipun adakah anda yang nak membayar installment bulanannya? Tentulah tidak bukan? Maka, jangan sesekali dipertikaikan keputusan saya.

Bertukar kepada kereta compact memang ada pelbagai cabaran dan kelebihan. Antaranya ialah:
1. Tak laju sebab cc enjinnya lebih kecil.
2. Ruang muatan yang lebih kecil.
3. Tangki minyak kecik, kena kerap top-up.
4. Parking menjadi lebih mudah.
5. Kereta baru datang dengan leather seat. Senang dibersih.
6. Diperlekeh.

Saya nak hurai yang no.6 sebab yang lain tu lebih straight forward. Ini antara perkara jengkel yang saya terima semenjak bertukar kepada kereta compact tempatan.

1.
Ramai ingat kereta compact baru saya ialah second car. Kereta bini. Bila saya kata ini je kereta yang saya ada, mereka tak percaya. Alasan: Kenapa downgrade? Kenapa? Salahkah kalau downgrade? Oh, kalau Honda City 1.5cc tukar kepada Mazda RX8 1.3cc tu korang tak bising pulak ye? Downgrade jugak kan? Dari segi cc enjin lah.

The point is, ia seolah satu kesalahan/dosa pula apabila saya bertukar kepada kereta yang lebih kecil. Ini antara stigma Melayu yang saya kira sangat mundur.

2.
Semalam saya di hon di stesen minyak oleh sebuah kereta Mercedes lampu bulat. Saya syak dia marah sebab saya sedikit lembab untuk bergerak meninggalkan pam minyak tersebut. Saya memang begitu sebabnya, saya akan pastikan semua kad kredit dan kad mesra saya ada, saya akan resetkan trip meter dan anak bini ready kat belakang baru saya jalan kereta.

Tindakan mamat kaya-bongkak-bahalol yang mengehon saya dari belakang itu saya takrif seperti orang yang hilang pedoman. Sesungguhnya, kekayaan tidak boleh membeli kesabaran.

Penularan nafsu materialistik dan keangkuhan dek kekayaan semakin merisaukan dewasa kini.

Friday, April 23, 2010

CATCHING UP

1. Ini koleksi anak buah saya yang terbaru: Khaulah. Anak adik Shidah yang bongsu. Sebijik macam bapak dia. Entri ni sedikit lambat sebab saya sibuk. Anyways, tahniah kepada Ado dan Bazilah.



2. Anak saya Mikael dah sihat nampaknya. Minggu lepas dia muntah-muntah. Minum sikit, muntah. Minum sikit, muntah. Pening jugak kepala kami. Last-last bagi air zam-zam je. Alhamdulillah tak muntah. Ubat pun bagi jugaklah. Sehari-dua ni dah macam biasa nampaknya.


Melihatkan budak kecik tak sihat amatlah menyentuh perasaan. Apatah lagi anak sendiri. Terseksa rasanya. Kalau boleh nak mintak sakit tu di transfer kepada kita biar kita je yang melaluinya. Tapi itu semua kuasa tuhan. Ada hikmahnya, saya percaya itu.

Dan saya hairan kenapa kes buang bayi masih lagi berlaku hari ini.

Thursday, April 22, 2010

BOSAN


Ini ialah rupa asal alat permainan anak saya.


Ini ialah rupa anak saya apabila beliau sudah bosan dengan alat permainannya.

Monday, April 19, 2010

MUBARAK

Memang pekat. Kelat. Pahit. Masam. Dan semuanya yang "baeng-baeng" dan busuk-busuk yang terlintas di kepala Mubarak. Apa hal boleh jadi macam gini? Bentak hatinya.

Mubarak biasanya seorang yang sangat penyabar. Susah benar nak tengok dia marah-marah. Mencarut pun 2 tahun sekali saya ingat. Tapi hal yang terjadi baru-baru ni memang betul-betul menaikkan darah Mubarak.

Bila ditanya kenapa, Mubarak cuma mengeleng-gelengkan kepala. Gaya nak jawab secara lisan memang tiada kelihatan langsung. Dia cuma jawab melalui gaya bahasa badan je. Kalau dah gitu gayanya, janganlah nak ditanya lagi. Tak penumbuk, terajang yang akan naik muka. Orang jenis macam Mubarak ni dia panas dalam. Senyap, senyap, tau-tau pom! meletup. Parah beb.

Selepas dua minggu kejadian saya berselisih dengan Mubarak yang sedang dalam keadaan berbulu tak tentu hala itu, baru-baru ini saya berjumpa dia lagi. Kali ni saya nak tanya jugak tentang hal itu ari. Nampak gaya macam dah OK si Mubarak ni. Kalau senyum dah nampak cili terselit kat gigi lepas makan tu, kira OKlah tu.

Mubarak, aku nak tanya kau sikitlah (dalam nada tersekat-sekat).

Apa dia?

Itu ari kenapa kau hangin satu badan?

Ahh... malaslah aku nak ingat. Tak payah tau lah.

Alah, apa salahnya? Kita kan geng?

Kau tau tak? Macam mana aku tak naik hangin? Ada ke patut itu ari tu masa aku order satu burger kat McDonald's aku cakap nak extra onion, belakang, sekelumit onion pun takde. Yang extra nya ialah lettuce. Apa bangangnya? Tak tau ke beza onion dengan lettuce? Bawang dengan salad?

...



Dan pada hari itu barulah saya tau bahawa Mubarak ialah seorang yang sangat gemarkan bawang dalam burgernya. Jangan buat hal atau cuba-cuba nak sisihkan bawang daripada burger beliau.

Sekian, terima kasih.

Thursday, April 15, 2010

JUST CHECKING

Gua sangat sibuk dewasa kini. Sangat sibuk.
Sementara gua tak berkesempatan menulis sebarang entry ni, sila baca blog orang lain.
Gua juga syak blogger ni dah mula buat hal.
Later.

Friday, April 2, 2010

CATATAN

1. Al-fatihah untuk arwah Din Beramboi (Mior Ahmad Fuad). Saya sebenarnya baru mula nak mengenali beliau melalui konsep jenaka yang diketengahkan. Arwah memang nampaknya merepek dan loyar buruk (di tv dan radio) tapi beliau tak pernah gagal membuat kita tersenyum atau tergelak. Berehatlah dengan tenang saudara. Al-fatihah.

2. Sekarang dah mulai kerap hujan. Kadang-kadang basuh kereta pun rasa sia-sia. Tapi kalau tak basuh menyampah pulak tengok kereta tu kotor. Kereta kaler hitam memang mudah nampak kotor. Harap bersabar je lah. Jangan nak komplen sangat. Itu ari panas, komplen. Ni, hujan pun nak komplen ke? Pikir sikit.

3. AF8? Saya tak berapa berselera nak tengok, harap maaf.

4. American Idol? Saya layan sebab bini saya layan. Favourite saya: Crystal Bowersox, Lee Dweyze (ye ke eja nama dia macam nih?), Michael Lynche (Big Mike) dan Andrew Garcia (kadang-kadang).

5. Saya teringin nak tau maklumbalas orang Petronas mengenai penyenaraian 2 anak syarikatnya di bursa akan datang. Adakah ini halatuju baru selepas MEB atau selepas Hassan Marican meninggalkan Petronas? Hmmm...

6. Ananda Krishnan dah memiliki sepenuhnya saham Astro. Hehehe.

7. Astro akan ada pesaing selepas Kementerian... (hapa ntah saya tak pasti) meluluskan 7 lagi lesen cable tv provider. Tak taulah iye ke tidak. Tapi kalau betul jadi, baru syiok sikit. Takdelah monopoli. Teringin betul saya nak tengok rakyat Malaysia jadi pening nak pilih cable tv, macam kita pening nak pilih line henfon. Gila babas telco provider sekarang promosi kadar terendah masing-masing. Macam ni barulah menguntungkan pengguna. Tapi, tak taulah kalau mamat no. 6 tu pun ada share jugak dalam syarikat cable tv provider yang baru nih, kehkehkeh.

8. Berkaitan Astro lagi. Saya dioffer untuk upgrade ke Astro B.Yond, for free! Penat saya pikir nak ambik ke tidak tawaran ajaib tu. Last-last saya buang je form tu kat tong sampah selepas mengambil kira perkara no. 7. Bijak bukan? Heheheh.

9. Saya dah bosan membaca mengenai kekecohan semasa sidang DUN Perak. Seriously guys, move on. Stop wasting time and embarassing yourselves. Just do your job. Jangan sampai orang meluat dan menyampah. There's always next General Election to prove yourselves.

10. Mikael, anak saya sudah pandai memanjat sofa di ruang tamu. Bila dah panjat, dia akan bunyikan Mickey Mouse nya dan berjoget-joget dalam posisi berdiri. Saya boleh cenderung sakit jantung atau darah tinggi melihatkan tindak-tanduk beliau. Huish.

Sekian, terima kasih.