Friday, August 28, 2009

MUNGKINKAH?

Malam gelap bersilih cerah
Yakin diri bersilih goyah
Vivaldi tetap masih berlagu
Inspirasi jiwa di dalam kalbu

Sentak lamunan dek realiti
Emosi pantas jadi melankoli

Antara bintang-bintang beribu
Kaulah jua idaman kalbu
Untuk engkau dan juga aku

Dari jauh engkau hadir
Antara senda dan mungkin menyindir
Tapi hati masih berkata
Aku juga insan biasa
Nantikan saja waktu depanku
Galang ganti yang semua terpaku

Mungkinkah?

Wednesday, August 26, 2009

ANTON EGO

Anton Ego ialah satu karakter dalam filem animasi Ratatouille. Beliau ialah watak seorang pengkritik makanan yang gampang cerewet dan angkuh lagi sombong.


Ini ialah Louis Jouvet inspirasi wajah untuk karakter Anton Ego.

Anton Ego memang eksyen. Tengok hidung dah tau dia eksyen. Belum gaya bercakap dan body language lagi. Itulah karakter beliau seperti yang digambarkan dalam filem Ratatouille.

Tapi yang bagusnya si Anton Ego nih, kalau makanan yang dia test tu bagus maka dia akan kritik bagus. Dan satu Peranchis sudah tahu betapa berpengaruhnya kritikan beliau itu. Taukeh restoran boleh gulung tikar kalau dia kritik tak bagus. Hebat tak hebat lah mamat nih punya penangan. Begitu hebat walaupun dia tak reti menaip menggunakan MS Word dan hanya menggunakan mesin taip lama untuk menaip artikel kritiknya.

Aku rasa Anton Ego membesar dalam suasana yang biasa je sebenarnya. Bukan orang ada-ada atau golongan bangsawan pun. Namun, dia mungkin mempunyai deria rasa yang sangat sensitif dan tinggi standardnya. Dia tahu kelebihannya. Maka sebab itulah dia mampu menjadi pengkritik makanan yang disegani warga Peranchis.

Namun, ada juga aku perhatikan yang cuba menjadi Anton Ego di sekitar tempat aku mencari nafkhah. Tapi ia tidak hanya tertakluk kepada pengkhususan bidang makanan saja malah jenama susu anak dan jenama alat permainan anak pun boleh menentukan kebijaksanaan anak. WTF? Dan aku memang kurang bersetuju dengan perspektif yang mandul sebegitu.

Adakah mereka ini mencadangkan bahawa seseorang anak itu akan lebih pandai atau cemerlang atau bijak atau cepat tangkap atau seumpamanya dengan barangan berjenama dan mahal sahaja? Bagaimana jika kita tidak mampu? Adakah anak kita akan jadi TIDAK pandai atau TIDAK cemerlang atau TIDAK cepat tangkap?

Itu semua ketentuan dan kerja tuhan. Janganlah sesekali bongkak dengan harta dunia lebih-lebih lagi kalau harta itu bukan kau yang punya tapi Ahmad Albab yang punya. Dan janganlah pula dicerca orang yang tak punya kemampuan seperti anda.

Banyak pelajar cemerlang yang membesar dalam persekitaran yang dhaif. Tidak cukupkah itu membuktikan kemandulan fikiran kamu?



Sebusuk-busuk Anton Ego pun, beliau turut melabur untuk restoran Remy (si watak tikus utama) yang diberi nama Ratatouille.

Kamu si kaya yang mandul fikiran melabur apa kepada yang kurang mampu? Caci nista?
Heh.

Tuesday, August 25, 2009

BUKA PUASA

Antara pengalaman-pengalaman berbuka puasa saya.

1. Makan nasik dalam dulang besar bersama 3 orang lain di Masjid UTM, Skudai. Memang stail iftar dia macam tu. Susah jugak nak adjust position mula-mula tu. Nak berebut cubit ayam apatah lagi. Lama-kelamaan ok je. Pastu yang tak bestnya kena basuh sendiri dulang dan cawan sebelum berjemaah Maghrib.

2. Tiap-tiap hari gua mesti nak pekena nasik kerabu lauk paru goreng sambal masa dok rumah sewa di Taman Teratai, Pulai, JB. Bukanlah best sangat pun tapi itu je yang sedap kat tekak aku, mengenyangkan dan mampu dibeli. Tak lupa juga burger rm1 yang aku akan beli 2 bijik. Back-up katanya.

3. Aku rasa San Francisco Steak House antara tempat yang terbaik untuk buffet Ramadhan. Aku suka layan yang kat Mid Valley sana. Tenang sikit. Fuh. First time pegi dengan Shidah menganga jugak macam jakun tak tau nak makan apa dulu. Tapi best.

4. Buffet Ramadhan yang kat hotel-hotel gua tak into sangat sebab i) mahal nak mampos dan ii) orang punya cemas & huru-hara nak ambik makanan macam kebuluran 17 hari tak makan. Rileklah beb, baru berapa jam puasa dah menggelupur? Dan selalunya aku pergi pun dengan Shidah itupun kalau ada orang hotel ajak dia lah (jenis free tak payah bayar punya).

5. Tropicana Golf Club punya buffet Ramadhan pun tak kurang hebatnya beb! Selalunya kitorang pergi dengan geng-geng Shidah seperti Lazli, Elly, Afiq dan Maria. Fuh, best betul makanannya. Cuma parking ada sedikit gampanglah dalam hal ni.

6. Masa Shidah mengandungkan Mikael tahun lepas, dia manjang nak berbuka dengan nasik kandar. Nasib baik Haji Tapah dekat dengan rumah. Mamak tu pulak manjang bagi lauk ekstra. Kesian tengok bini aku tengah sarat barangkali.

7. Aku dengan Shidah pernah berbuka puasa dengan stok Fishermen's Friend yang memang gua simpan dalam kereta. Ini kes tak sempat sampai destinasi berbuka puasa akibat kesesakan jalanraya lah ni. Oklah sikit dari berbuka dengan mengorek hidung je kan?

Tahun ini agak kucar-kacir sikit persediaan berbuka puasa kami. Kalau Mikael tengah tido time berbuka puasa, oklah. Kalau dia tengah sibuk nak main, fuh, agak huru-hara dibuatnya kami berdua.

Walau bagaimanapun, selamat berbuka puasa saya ucapkan kepada yang berpuasa atau yang berpura-pura puasa. Eheh.

Monday, August 24, 2009

MINUM

Aku memang kuat minum air sejuk kosong. Kuat beb. Memang lebih dari 2 liter sehari. Tak caya tanya bini aku. Dan aku memang tak heran sangat air manis-manis nih. Kalau aku datang rumah, korang hidang air sejuk kosong tanpa warna pun aku ok.

Rutin minum air sejuk kosong aku bermula seawal aku bangkit dari tidur. Aku memang jenis mandi-manda kat bilik air bawah. Air shower dia laju. Sedap sikit mandi. Aku tak into sangat perkara berkaitan water heater nih. Janji air dia laju turun dari shower, itu sudah memadai bagi aku. Sejuk bukan isu sebab suhu badan aku memang tak sesuai untuk iklim Malaysia ni.

Seperti hari-hari yang lazim, on the way ke bilik air bawah dengan bertuala untuk mandi, tangan aku akan pantas bukak peti ais untuk 5-6 teguk air kosong. Kasi basah tekak dulu bangun tido beb. Baru suara merdu macam burung serindit (huh?). Dan lepas mandi, seround lagi gua belasah 5-6 teguk air kosong dari peti ais. Nikmat duniawi betul minum air nih.

Tengah bersiap-siap dalam bilik kat atas, bini satu kali sudah tanya: Kita nak buka puasa makan apa hari ni?

Gua beku tanpa jawapan.

Friday, August 21, 2009

JIMAT

Bulan Ramadhan datang lagi. Setiap petang pasar Ramadhan akan lazim dipenuhi. Tidak kira dipenuhi oleh orang yang malas nak memasak juadah berbuka mahupun yang saja gatal-gatal nak menambah juadah berbuka sedia ada.

Kalau nak berjimat tu memang boleh sebenarnya.

Dalam workshop kau pung-pang-pung-pang bukan main cerita pasal duit kompeni dah kaput. Dan kau timbulkan pulak isu berjimat-cermat. Tiba-tiba kipas angin kat bilik kau berpusing 24jam dari pagi sampai ke petang. Engkaunya entah ke mana.

Kalau nak berjimat tu memang boleh sebenarnya.

Dalam workshop kau pung-pang-pung-pang bukan main cerita pasal duit kompeni dah kaput. Dan kau timbulkan pulak isu berjimat-cermat. Tiba-tiba masa aku buang air (bukan membazir air eh), kat dalam tandas pun kau nak letak air ionizer? Apa ke jadah? Dahlah idea nak letak air ionizer tu pun aku tak setuju. Iyelah, sebab korang dapat sorang satu dalam bilik. Betullah tu, korang je yang perlukan udara bersih, kan? Tapi, isunya ialah benda tu adalah rental-based!

Kalau nak berjimat tu memang boleh sebenarnya.

Oh, baik aku "jimatkan" kemarahan aku. Praktis untuk bulan Ramadhan esok.
Selamat menyambut Ramadhan & Selamat Berpuasa!

Thursday, August 20, 2009

BIAR GAMBAR YANG BICARA

Cik Ayem (pakcik Shidah) panggil Mikael, Ming Ming (Wonderpets). Lepas tengok gambar ni, aku bersetuju dengan beliau.

Setiap kali kitorang nak lipat kain, dia mesti nak menyibuk. Satu kali, aku letak dalam bakul, dia terus jadi excited.

Ini sebelum kitorang gerak pergi majlis harijadi anak Abang Ezal (sepupu aku) kat BSC.

Ini masa kitorang kat Zouk. Hahaha. Kat BSC lah. Kamera murah, itu sebab gambar ada sikit haus.

Di tepi pantai Port Dickson. Mikael baru lepas kena celup dalam air. Aku harap dia akan pandai berenang kelak. Tak macam bapak dia.





Di Teluk Kemang. Jalan-jalan sambil beli seluar pendek bunga-bunga dan kipas warna-warni. Selain itu terdapat juga orang menjual Crocs tiruan berserta Jibbitz nya sekali. Murah. 2 Jibbitz rm5. Aku tanpa membuang masa terus sapu dua Jibbitz. Dan malam itu aku telefon Raddy tanya macam mana nak pasang. Bengap betul.

Berpandangan jauh anak aku nih. Ke, malas nak layan?

Aksi ibu dan anak. Eh salah. Ibu (yang sibuk) beraksi bersama anak. Hahaha.



Korang tak tau dia punya geram kat kipas warna-warni nih. Kalau dibiarkan dia pegang mau jahanam on the spot.


Sekian, terima kasih.

Tuesday, August 18, 2009

PICISAN (BERNOMBOR)

1. Hujung minggu baru ni aku bercuti di PD bersama keluarga mertua. Lepak banglo tempat kerja abang ipar aku. Kali ni bukan banglo yang biasa kitorang lepak. Banglo lain. Sedikit gampang sebab penjaganya tak bagi guna dapur. Apa barang lepak banglo tak boleh pakai dapur? Selain dari itu, semuanya menarik.

2. Jumaat itu ari aku pergi Giant Nilai. Kali ini aku melancarkan boikot terhadap Giant Nilai. Pekerjanya telah bersikap kurang ajar terhadap aku. Dan itu bukan kes pertama tetapi yang ketiga! Ada ke jual barang tapi tak activate barcode? Penat aku beratur nak bayar. Mintak maaf pun takde. Pegi mampos sama Giant Nilai. Mari aku ajar kuasa pengguna.

3. Kucing liar semakin galak membuang najis kat laman depan rumah aku. Aku bercadang nak meninggikan jaring pada pintu pagar masuk. Sekali semua hardware yang aku biasa pegi sudah kehabisan stok jaring dari jenis yang aku nak. Apa benda nih? Pembuat jaring sudah mogok kah?

4. Aku sedang bermain psikologi dengan jiran sebelah rumah aku. Beliau didapati agak kurang menjaga kebersihan longkang luar. Habis rumput dari kawasan beliau berserabai masuk longkang lalu menyekat kelancaran aktiviti laluan air. Masalahnya dah macam-macam benda yang dah tersekat. Dari botol air mineral, bola plastik sampailah cawan McDonald's. Nanti nyamuk naik aku jugak susah. Lantas, aku tambakkan tebing longkang kawasan aku dengan batu bata. Signalnya: Kalau taknak rumput berserabai masuk longkang, buat macam aku buat ni. Aku harap beliau faham.

5. Naziah nak hadiahkan booties (kasut bayi) untuk Mikael. Tak, ini adalah booties yang beliau kait (knit) sendiri. Haa... itu yang speselnya. Hahaha. Silalah berkunjung ke blog beliau untuk maklumat lanjut. Promo ni beb.

Sekian, terima kasih.

Friday, August 14, 2009

PICISAN

Kalau macam gini lah cara diorang buat workshop selama nih, memang patutlah orang mengata. Macam gampang. Ntah hapa-hapa.



Banyak yang tak pandai nak buat-buat dan tunjuk-tunjuk pandai. Lain yang patut diselesaikan, lain yang sibuk dibangkitkan. Tuding-menuding mencari kesalahan tak usah cakaplah. Dan yang tak pandai ni lah yang paling onar membuat bising. Oh ya, mereka membuat bising sebab nak tutup kebodohan mereka barangkali.

Benar, workshop menuntut kita menjadi responsive. Tapi, responsive yang intelektual, bukan yang dungu dan bebal. Kan?

Dan semalam aku bertindak keluar dari workshop selepas jam sudah 610 petang tanpa rasa bersalah. Sepatutnya habis pukul 6.

Anak aku kena makan ubat pukul 6 punya isu lagi penting dari workshop mengarut nih.

Tuesday, August 11, 2009

TOPENG

Virus H1N1 sudah semakin menular di Malaysia. Awam mulai merasa panik setelah angka kematian meningkat dari hari ke hari. Awam itu termasuk aku dan Shidah. Mikael tak masuk statistik lagi sebab dia masih sibuk main dengan mainan itik getah dan kaldai lompatnya.

Shidah insist untuk beli topeng (surgical mask). Ya, ia sepatutnya dipakai dan dibuang on daily basis ya tuan-tuan dan puan-puan. Kalau ada rasa nak pakai satu topeng sampai 3 bulan baik tak payah pakai.

Kami berhajat membeli sekotak surgical mask di satu farmasi bumiputera di Setiawangsa. Satu keping rm1. Satu kotak rm38. Satu kotak ada 50 keping. Nasib baik dia tak kata satu kotak rm50. Kalau tidak mesti aku dah ong-bak kat situ. Oleh kerana Matematik aku dapat A dan rasional aku di tahap optimum, maka aku pun beli satu kotak.



Ofis aku ada distribute surgical masks kepada semua staff dan students minggu lepas. Sorang satu lah of course. Sebagai awareness support saya kira. Tapi, ada pulak staff yang bengap dok komplen/tanya: Takkan bagi satu je sorang? Dah busuk dah mask nih. Bahaya tau virus nih, memang kena selalu pakai mask.

Jawapan saya (dalam hatilah tapi):
1. Kau expect kompeni nak bagi semua orang setiap hari ke?
2. Kalau kau betul kisah pasal kesihatan kau, apa salahnya kau beli sendiri topeng tu? Macam... (ehem, ehem - batuk mengada-ada).
3. Lain kali gosoklah gigi! Tak pun makan mints kalau dah tau mulut tu busuk. Ini tiap-tiap malam kau bantai makan petai/jering pastu nak bising mask kau busuk. Apa barang?

Some people just can't use their brain properly. Fih. Cakap England.


Nota: Aku juga bercadang untuk menjadi penjual surgical mask di pejabat dengan harga rm1 sekeping. Amacam? Bijak tak?

Wednesday, August 5, 2009

AYAT SUCI


Anda biasa dengar orang jadikan bacaan ayat Al-Quran sebagai ringtone untuk telefon bimbit?

Saya tak berapa setujulah dengan perkara macam ni. Banyak bunyi lain lagi yang boleh dijadikan ringtone. Kenapa mesti nak pilih bacaan ayat Quran.
Ini hujah saya:

1. Telefon bimbit memang sentiasa dibimbit. Tak kiralah dalam kocek ke, dalam beg tangan ke atau mungkin sengaja dibimbit ditangan kalau ia telefon terkini yang mahal. Bayangkan kalau telefon anda berdering semasa anda berada di dalam tandas dengan ringtone bacaan ayat Quran. Apa cerita?

2. Bacaan ayat Quran perlu betul sebutan dan dihabiskan ayatnya supaya tidak lari maksudnya. Lazimnya, kalau telefon anda berdering pasti anda ingin segera menjawabnya. Lebih-lebih lagi kalau awek yang telefon atau lebih bongok lagi jika telefon tidak disenyapkan semasa dalam mesyuarat. Kucar-kacir nak jawab. Confirm ringtone ayat Quran tadi tak dihabiskan. Kan?

3. Biasanya, pada pengamatan saya, orang yang menjadikan ringtone bacaan ayat Quran untuk telefon bimbit ini adalah orang yang "kononnya" ilmu agama mereka ada sikit lebih dari orang lain. Namun, selayaknya merekalah yang patut lebih arif tentang perkara-perkara sebegini. Sekarang saya mula mempersoalkan tujuan mereka. Adakah mereka ingin menunjuk-nunjukkan bahawa: Aku cintakan agamaku. Aku sayangkan agamaku. Aku sentiasa perdengarkan bacaan Al-Quran hinggakan ringtone telefon bimbit aku pun ialah bacaan Al-Quran. Pada hemat saya mereka ini agak... jumud. Atau lebih kasar, bongok.

Jangan silap, bukan saya tidak suka mendengar atau memperdengarkan bacaan ayat Al-Quran tetapi biarlah betul dengan caranya. Janganlah melenting kalau orang bukan Islam tidak menghormati ayat suci Al-Quran jika kita yang Islam ini sendiri pun "tak tahu" taraf letaknya kalam Allah itu.

Anda rasa?

Tuesday, August 4, 2009

BIAR GAMBAR YANG BICARA

Gambar ini aku kira... agak ajaib. Sesikat pisang yang saiznya tak sampai pun sebesar tapak tangan aku.

Gambar ini tak berapa ajaib sangat sebab memang mengikut perkembangan bayi yang sihat. Aku bukan main risau tengok dia memanjat takut tergolek ke bawah, dia boleh tersengih selamba-ya-ya. Cheh.

Monday, August 3, 2009

RUNCIT-RUNCIT

1. Lepas makan, tuang air sikit dalam pinggan. Murahkan rezeki katanya.

2. Sebelum masuk rumah waktu malam, ludah 3 kali sebelum masuk rumah untuk mengelak gangguan makhluk dari dimensi lain kepada anak kecil.

3. Kalau taknak hujan time kenduri kahwin, baling pakaian pengantin ke atas bumbung rumah.

4. Budak kecik kalau isap ibu jari kaki maknanya nak adik.

5. Orang yang belum berkhatan sahaja yang berisiko untuk kena tungau.

Soalan untuk semua di atas: Iye ke?