Tikus
Orang kata kalau ada tikus buat hal dalam rumah seperti menggigit tupperware, tudung saji dan sebagainya, jangan dimarah-marah. Sebab kalau lagi dimarah, tikus itu akan bertindak lebih dahsyat. Oleh sebab itu, jangan marah tikus tu kalau dia buat hal kat rumah kita. In fact, jangan address kan nama "tikus" tu pun. Panggillah dengan nama lain seperti Cik Menti, Mickey Mouse atau lain-lain. Adik saya panggil tikus yang buat hal kat rumah mak saya Siti Nurhaliza.
Beras
Orang kata kalau nak elakkan beras dihinggapi kutu, letakkan beberapa tangkai cili kering dalam bekas beras tu. Mungkin nenek-moyang kutu tu ada yang pernah tergigit cili kering lepas tu menggelupur kepedasan. Mana nak carik air dalam bekas beras, kan? Makanya, cucu-cicit kutu pun dimaklumkan agar tidak melepak dalam bekas beras yang ada diletakkan cili kering di dalamnya.
Periuk Vision
Orang kata kalau nak bersihkan kerak yang melekat dalam periuk Vision (yang kaca tu lah) tak payah susah-susah. Rendamkan saja dengan sedikit cuka. Biarkan seketika atau ikut ketebalan kerak. Lagi tebal kerak, lagi lama dibiarkan. Lepas tu bilas dengan sabun, dengan mudahnya insyaallah bersih.
Wednesday, May 26, 2010
PETUA
Monday, May 24, 2010
LEBIH KURANG
Miss USA yang dinobatkan baru-baru ini berketurunan Arab. Ada juga yang kata dia seorang Muslim. Gua pun tak tau iye ke tidak. Nanti bila senang gua tanya sama Donald Trump. Rasanya semalam gua ternampak dia pergi steam rambut kat satu saloon di Carrefour Wangsa Maju. Mesti dia ada kat Malaysia lagi dalam 2-3 hari ni gua syak. Zoo Negara, Dataran Merdeka, Central Market, Haji Tapah dia belum singgah lagi rasanya tu.
Namun, gua lihat isu ini melalui dua perspektif.
Satu: Memang Miss-Miss di USA yang lain tidak layak menjadi Miss USA.
Dua: Propaganda penyelewengan akidah yang terbaru orang kafir.
Dalam pada itu, gua kerap juga mendapat panggilan dari ejen-ejen insurans yang sibuk nak suruh gua beli insurans. Iyelah, takkan ejen insurans jual ikan keli pulak kan? Dah macam-macam kaedah gua cuba elak. Tak jugak berjaya. Gua selalu cakap terus-terang, kalau diorang nak jual insurans, baik berenti cakap sekarang. Membazir je cakap dengan gua. Memang gua takkan sign-up punya. Degil.
Namun, pendekatan terbaru gua sekarang rasanya lebih mesra jiwa. Nombor ganjil-ganjil macam nombor pejabat memang gua takkan angkat. Tapi itulah masalahnya, nanti Obama telefon dari White House nak tanya macam mana nak masak gulai tempoyak, susah pulak kalau gua tak angkat. Diorang satu keluarga memang suka gulai tempoyak.
Stesen minyak Petronas minggu lepas ada buat hal. Tak taulah kat Bangi ni je atau yang kat tempat lain pun sama. Ada ke tak boleh pakai kredit kad nak isi minyak? Mastercard je tak boleh bang, Visa boleh. Kata minah kat kaunter tu. Nasib baik gua tau lagu kumpulan Visa yang meletup masa tahun 90-an dulu. Gua pun tuang minyak sambil nyanyi lagu kumpulan Visa. Diorang ni tak tau ke gaji orang masuk 26hb?
Pasaraya Sogo kalau ada buat jualan murah memang macam setan. Ramainya orang macam kat Puduraya masa nak balik kampung untuk hari raya. Hairannya, hari Ahad pagi pun orang ramai. Parking penuh. Masa nak naik ke ground floor ada gua ternampak satu family ni parking kat tempat OKU. Dan gua tau yang memandu tu bukan OKU. Gua dah standby nak sound bila dia lalu kat sebelah gua. Nasib baik dia menikus lama dalam kereta dan rokok gua pun dah abis. Nanti kalau Stephen Hawking datang nak beli seluar dalam Renoma yang sale tu macam mana? Kan susah dia nak parking nanti?
Kalau nak tau umur korang dah banyak ke tidak, cuba tanya budak-budak sekarang pernah dengar tak lagu Lambada? Tiap-tiap hari gua dengar lagu Lambada dalam Radio 3 Kuala Lumpur masa sekolah rendah dulu tapi sampai sekarang tak hafal lirik dia.
Thursday, May 20, 2010
MARJINAH
Marjinah asalnya adalah gadis yang biasa-biasa saja. Marhain macam orang lain. Tapi semenjak Marjinah berkahwin dengan Saudagar Ismeth, fiilnya sudah banyak berubah. Daripada "biasa-biasa" kepada "cuba-nak-menjadi-luarbiasa".
Marjinah yang dulu merendah diri, kini dilihat lebih suka meninggi diri. Marjinah yang dulu elok budi-bicara, kini dilihat lebih suka cakap ikut suka. Semua ini berubah semenjak beliau berkahwin dengan Saudagar Ismeth. Saudagar Ismeth yang salahkah?
Saudagar Ismeth sebenarnya bukanlah orang yang asing kepada penduduk Kampung Kerbau Pening. Beliau juga dikenali sebagai orang yang elok budi pekertinya. Berbeza benar dengan sikap isterinya si Marjinah tu. Mungkinkah sebab Saudagar Ismeth itu orang yang ada-ada maka Marjinah itu yang cuba berubah daripada "gaya marhain" kepada "gaya ada-ada"?
Kejutan budaya yang membawa kepada perubahan fiil adalah amat ketara didapati berlaku kepada Marjinah. Kasihan. Anehnya, Saudagar Ismeth yang sejak lahirnya ada-ada itu lagaknya biasa-biasa saja seperti marhain lain tetapi Marjinah pula yang lebih.
Kasihan sama Saudagar Ismeth kerana nampak benar beliau tidak tahu barangkali tingkah-laku Marjinah di belakangnya. Yakni, menimbulkan kejelekan jelata dengan fiil ada-ada nya itu. Tak habis-habis mencanangkan dengan megah akan kehebatan harta Saudagar Ismeth kepada jelata. Walhal, rasanya Saudagar Ismeth bukanlah orang yang suka perkara sebegitu dicanang-canang.
Itulah lumrah manusia. Memanglah tidak semuanya begitu, tetapi yang "begitu" itulah yang tidak habis-habis membuatkan kita merasa jelek. Apa tujuan mereka bermegah-megah dan bersombong-sombong itu, tiadalah siapa pun yang mahu tahu atau ambil peduli. Kasihan Marjinah, sudahlah wannabe, menjengkelkan pula.
Namun dalam pada itu, ada juga yang begitu menyanjungi Marjinah. Pada mata mereka yang menyanjung itu, Marjinah lah yang paling bagus, paling hebat, paling berbakat dan pelbagai paling yang paling-paling lagi. Sanggup mereka ke martabat bawah demi menjunjung Marjinah yang amat dikasihi itu. Lucu mereka ini. Mudah benar tewas dengan cerita dongeng dan airmata yang direka-reka. Lembut jiwa tidak bertempat.
Ahhh, biarkanlah saja Marjinah. Biarkanlah saja orang-orang yang seperti Marjinah.
Monday, May 17, 2010
VESPA
Abah saya semasa dia memandu dan kami jadi penumpang dulu, kalau terjumpa orang menunggang motosikal dengan gaya punggung disengetkan sebelah, mesti akan beliau ketawakan. Lebih-lebih lagi yang melakukan aksi-bawak-moto-senget itu hanyalah menunggang moto kapchai.
Abah kata, dulu orang bawak vespa, enjinnya terletak di satu belah (kiri rasanya) sahaja. Yakni, di bahagian kembung belah belakang moto vespa itu salah satunya ialah tempat letaknya enjin moto tersebut. Memang wajarlah kedudukan punggung penunggang disengetkan untuk mem"balance"kan moto tu. Takpun, bawak penumpang duduk kaki (dua-dua belah) melunjur ke sebelah berlawanan kedudukan enjin dengan tujuan yang sama. Saya percaya sebabnya Abah saya memang bawak vespa dulu. Kaler oren lagi!
Pernah masa saya belajar di UTM Skudai dulu Abah offer saya, "Kau nak moto vespa?". Mentah-mentah saya tolak. Takut meragam tengah jalan yang iye nya. Iyelah, moto klasik. Dapatlah saya moto Honda EX5. Bagus moto tu, sampailah kena curik kat Stulang. Kawan saya si Zaki yang kasi hilang. Takpelah, dah nak jadi. Kalau aku belasah dia pun bukannya boleh dapat balik moto tu. Baik aku mintak dia ganti dan dia dah ganti dah pun.
Tapi sekarang vespa dah revived. Enjin pun dah dok kat tengah-tengah body sekarang. Cantik beb! Teringin jugak saya nak sambar satu. Tapi, harga untuk sebijik vespa amatlah tidak munasabah untuk saya majukan keinginan saya. Nantilah, bila saya menang rm100ribu dari Petronas esok insyaallah saya akan sambar sebijik hahaha.
Oh ya, tadi saya balik makan ternampak orang bawak moto kapchai dengan punggungnya disengetkan ke sebelah kehkehkeh.
Friday, May 14, 2010
ANEKDOT
Jom pegi butik PuPuPu.
Hah?
Jomlah pegi butik PuPuPu.
Amende tu?
Butik PuPuPu... yang logo dia P-U dengan nombor tiga tu...
P-U dengan nombor tiga?
Haah.
Pi-yu-tiga? Butik Puteri kot?
Ye ke? Bukan PuPuPu eh?
***
Masuk MLM ni kena ada semangat dan usaha.
Semangat dan usaha?
Kalau kita bersemangat dan berusaha keras...
Hasil pun keras? Kehkehkeh...
***
Aku tak minat kereta tempatan. Aku minat kereta import.
Hoh? Bukan kau pakai Proton Wira ke?
Eh, itu Proton Wira export quality.
Habis tu? Kereta tu bukan buat kat Malaysia ke?
Taklah, yang ini eksport punya. Bila aku beli, maknanya aku beli kereta yang dijual di oversea. Itu kira kereta import lah tu kan?
Import kepala taik kau!
***
Sekian, terima kasih.
Thursday, May 13, 2010
FIIL
Ini fiil anak gua bila diajak untuk membersihkan diri selepas diapers yang dipakainya dah penuh. Beliau akan serta-merta berpura-pura sibuk nak bermain atau tengok tv. Bila diangkat jugak dia cenderung meleding-ledingkan badan mengamuk sambil menjerit-jerit macam kena rotan.
Ya, gambar yang anda lihat di atas ialah sekitar 18 saat sebelum gua angkat dia ke bilik air untuk dibersihkan sebelum tidur.
Wednesday, May 12, 2010
AHHH
Gampang. Dah dekat 20 minit gua bukak New Post nih. Satu haram tak keluar nak tulis apa. Lain kali je lah gua tulis kat blog nih.
Friday, May 7, 2010
FAMILY GATHERING
Esok gua akan ke Port Dickson, Negeri Sembilan. Ada acara berkumpul ahli keluarga belah Abah gua. Semua makcik, pakcik, sepupu, sepapat dan anak-anak buah akan hadir, insyaallah.
Last kitorang buat gathering macam gini ialah pada... ah, gua pun dah tak ingat. Rasanya masa tu Najwa Aiman pun masih bersekolah menengah lagi. Masa tu arwah Tok dan Opah pun masih ada lagi. Kuat lagi deme. Gua ada simpan lagi gambar tu. Bila senang nanti gua scan.
Tapi gathering kali ni hanya akan dihadiri oleh waris-waris arwah Tok Hassan dan Opah Rafeah. Semoga apa yang kitorang plan di A&W Taman Jaya beberapa bulan lepas akan berlangsung dengan lancar dan jayanya.
Kepada Tan Sri Isa Samad, kalau senang gua singgah rumah lu. Kalau tak, jangan kecik ati.
Thursday, May 6, 2010
BEAUTY
Hidup ini memang penuh dengan misteri.
Kita tidak akan boleh tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan.
Tiada satu manusia pun yang tahu.
Hanya tuhan saja yang tahu.
Hidup ini memang penuh dengan hikmah.
Kita tidak akan boleh tahu apa hikmah yang disediakan untuk kita disebalik sesuatu kejadian itu.
Tiada satu manusia pun yang tahu.
Hanya tuhan saja yang tahu.
Kita selalu mengatakan hidup ini tidak adil.
Lucunya, kita mengatakan hidup ini tidak adil hanya apabila sesuatu perkara itu tidak menyebelahi keinginan kita.
Namun, apabila sesuatu yang kita ingini menyebelahi kita, kelupaan pula yang menjadi alasan untuk bersyukur.
Ujian hidup memang selalu ada.
Tapi tuhan itu Maha Bijaksana.
Nafsu? Semua manusia ada nafsu.
Akal? Semua manusia ada akal.
Menggunakan akal? Yang ini yang tak semua manusia ada.
Hidup ini memang indah sebenarnya.
Bergantung kepada konteks dan perspektif apa anda melihatnya.
Value what you already have.
Bak kata Altimet (lebih kurang):
Syukur! Aku masih di sini...
Syukur! Aku masih bernafas lagi...
Tuesday, May 4, 2010
JOHOR TRIP
Weekend baru-baru ni gua ke Johor. Batu Pahat dan Johor Bahru to be exact. Ada orang kawen. Sepupu Shidah. Dua beradik. Dua-dua perempuan. Kami bertandang ke rumah pengantin lelakilah kiranya.
Bila last gua pergi ke Johor pun gua tak boleh nak ingat. Dah lama sangatlah maknanya tu. Of course, as expected, gua memang dah tak cam jalan kat JB. Banyak sangat jalan baru. Batu Pahat apatah lagi. Nasib baik abang ipar gua ada GPS. Gua syak memiliki GPS adalah sesuatu yang "in" dewasa kini. Berguna betul bila out station.
Cerita ringkas trip gua ke Johor adalah seperti di bawah:
1. Kami diarah berkumpul di RNR Seremban. Pergh! Macam setan! Ramai orang gila-babas. Last-last kitorang gerak je terus.
2. Next stop katanya RNR Pagoh. Rupa-rupanya EXIT Pagoh. Maka melajaklah kitorang ikut exit Yong Peng sebabnya RNR Pagoh duduknya SELEPAS exit Pagoh. Memang menimbulkan kemusykilan kedudukan RNR Pagoh tersebut. Sekali lagi dimaklumkan bahawa GPS sangat berguna tatkala kami diarah pula berkumpul di Balai Polis Parit Sulong. Korang tau tak berapa banyak parit ada kat Batu Pahat nih? Gua syak semua orang ada parit dengan nama mereka sendiri.
3. Majlis perarakan dijadual jam 2 petang. Kami sampai jam 12 tengahari. Gila awal. Nasib baik ada rumah singgah. Makcik rumah singgah tu punya roti jala macam kuih apam gua cakap lu, tebal! Memang gua tak pernah jumpa roti jala yang seumpamanya. Belasah saja!
4. Oleh kerana pengantin di Batu Pahat ialah askar, maka mereka diarak oleh askar berpedang dengan irama bagpipe. Tapi jalan masyaAllah lajunya. Mungkin sebab mereka askar barangkali.
5. Majlis di JB ialah di Tebrau. Makanya kami duduk di hotel sekitar Tebrau. Crown Plaza ke hape nama hotelnya? Bolehlah... janji gua dapat tido dalam aircond. Tapi breakfast dia foul.
6. Malamnya kami makan di Danga Bay (kot?). Parking macam setan. Orang ramai. Sekali lagi dimaklumkan bahawa GPS sangat berguna untuk mencari tempat makan tersebut. Order macam gampang lambat sampai. Tapi takpe, nasib baik sedap. Serius sedap. Mahal sikit rasanya dari harga biasa. Tapi takpe, nasib baik sedap (sila perhatikan ayat ini sengaja diulang dua kali).
7. Dewan Sri Tebrau letaknya bersebelahan sebuah surau (ke masjid ha?). Makanya kami diarah berkumpul di surau tersebut. Sangat selesa. Cuaca panas tak boleh nak buat apa lah kan? Kerja Tuhan. Tapi cukup selesa.
8. Kami beransur sekitar jam 330-4 petang dari JB. Singgah di Pagoh dan Ayer Keroh (restoran jejantas). Lepas tu jam macam setan sampai Seremban. Bukannya ada apa pun, kereta banyak je.
9. Gua dengar AIM-17 dari HotFM dan sambung tengok tv kat rumah sekitar jam 930 malam. Pada hemat saya Afdlin Shauki dengan Adibah Noor patut dikekalkan sebagai hos AIM untuk tahun hadapan because they rock!
Sekian, terima kasih.
Nota: Tahniah kepada pengantin Razni dan Mon (walaupun korang tak baca pun blog nih rasanya).