Wednesday, December 28, 2011

LIFE

Just when you thought
you've played hard enough
to drive your life
but still it seems not enough,
play harder.

-pye

Wednesday, December 14, 2011

WATCHMAN

Remember the fella Ivar Gnilek? Well this is about him again and of course this entry does have foul language. Do read.

Ivar Gnilek is now the unofficial timekeeper for all those unfortunate latecomers and timebenders in our office building. Damn he's good at creating his very own new jobscope. Yes we're encouraged to be innovative and creative but I believe this is unlikely one of it.

To some extend of view, his effort might be noble - to provide proof/evidence for improvement in terms of staff discipline. But truth is, are you paid to actually do this shit while your actual job is not even any notch better than others?

Here's the kicker:
This particular dude somehow or rather got the privilege to go home an hour early with the excuse - I don't go for lunch therefore, I can substitute the one-hour break allocated by working straight 8 hours and go home 1 hour early and happily. WTF?

Don't start with 1) Who gave him the approval to do so or 2) Who the hell does the checking on him (out for lunch or not) or 3) Is it Christmas everyday at the office?
Please.

Here's my take on his behavior:
1. How sure he is whether he comply to the 8 working hours while he must at least be spending 1 bloody hour "recording" those timebenders from his secret hiding chamber (but we know where)?
2. Does he actually check that those timebenders might also be replacing the time they bended with extra working hours and never claim over time? Oh I forgot, he's not there to check because he's off an hour early!
3. From HR point of view, does his record on the issue counts as valid evidence? He's not from HR by the way.

There you have it, it's off my chest and no, I'm not working in a circus if you might ask.

VENUE

Friday, December 2, 2011

CHEH

Laaa... kat sini rupanya weblog gua.
Gua mati-mati ingat gua letak kat atas mesin basuh itu ari. Tak pun kat tepi rak kasut.
Cheh.

Tuesday, November 22, 2011

DEDICATION


























Tahniah Harimau Malaya!



Nota: Tapi Fakri (13) main macam gampang.

Monday, November 21, 2011

CUBALAH

Meteor shower nak datang banyak nih. Shield dome dah ON ke belum?

Nak ON macam mana? Shield dome nya pun tak siap lagi? Saya tukang ON aje. Tanyalah tukang yang buat shield dome tu.


Kredit gambar


Kenapa kau tak ON shield dome tu lagi?

Shhh... Nak ON macam mana? Tak siap pun lagi? Saya tukang ON aje. Tanyalah tukang yang buat shield dome tu.

Kenapa kau tak tolong tukang tu siapkan?

Eh, dia buat bahagian dia, saya buat bahagian saya. Dia dapat bahagian dia, saya dapat bahagian saya. Tanggungjawab dia lain, tanggungjawab saya lain. Lagipun, bahagian saya ialah mengactivate dan menjaga shield dome dan bukannya membina shield dome. Beza tu...

Hah, sebab kaulah meteor shower yang nak datang ni akan musnahkan kawasan kita.

Eh, saya tukang ON aje. Tanyalah tukang yang buat shield dome tu. Lagipun, cerita meteor shower nak datang ni bukan baru semalam kita tau, dah bertahun dah. Tapi shield dome tu tetap tak siap-siap jugak. Cubalah tanya tukang yang buat shield dome tu...

Kau nak kena write-off?

Cubalah.

Wednesday, November 16, 2011

KERATAN

Rakyat Malaysia paling ramai ada masalah obesiti di ASEAN
14/11/2011 2:00pm


KUALA LUMPUR 14 Nov. - Malaysia menduduki tempat pertama di kalangan negara ASEAN dari segi paling ramai rakyatnya memiliki obesiti dan tempat keenam di kalangan negara Asia Pasifik, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, perkara ini perlu diberi perhatian semua pihak.

"Kita serius diancam dengan pengambilan gula berlebihan yang menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah diabetes,” katanya semasa menjawab soalan Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong). - Bernama



Kredit gambar


Apalagi tunggu? Ayuh segera bersenam!

Monday, November 14, 2011

PROJEK

Gua tengah on satu projek dewasa kini. Projek ini obviously bukan profit-making mahupun profit-sharing. Memang tarak untung punya, hati saja puas.

Kos untuk projek ini juga masih belum dapat dipastikan lagi. Malah, tarikh siap projek juga tidak dapat ditentukan melalui carta Gant. Kos, cuaca, tenaga kerja dan masa adalah faktor yang saling bersangkut-paut dan berkemungkinan boleh menjadikan projek ini tersangkut. Harap-harap tidak terbengkalai hendaknya.

Penggemblingan tenaga boleh dikatakan menghampiri sifar kerana projek ini lebih bersifat individualistik, kuku besi dan mungkin juga boleh dikatakan syok sendiri. Penggunaan tenaga solo untuk projek sebegini memang mengundang penat dan perpeluhan yang tidak terbendung pemelwapannya. Namun, no pain no gain bak kata omputeh.

Gua dijangka mendapat kepuasan hati yang mungkin dipengaruhi sedikit nafsu dan juga mendidik diri menjadi lebih penyabar dan optimis.

Apa benda projek yang gua kecoh-kecoh nih?

Gua tengah dalam proses mentransformasikan (ikut istilah popular masa kini) ruang laman depan rumah gua. Gua sedang berusaha merealisasikan laman yang gua visualkan dalam kepala gua nih dengan tulang empat kerat gua nih jugak.

Laporan progress bergambar projek ini, nanti gua usahakan. Takyah nak tunggu sangat weh.

Thursday, November 10, 2011

PENJAWAT AWAM



Pada hemat saya ini antara perkara-perkara yang wajar tuan/puan fikirkan dan jika perlu, bertindaklah sewajarnya.

1. Mula mencari kerja lain yakni dengan pihak swasta.

2. Pastikan anda telah mendaftar sebagai pengundi dan mengundilah dengan bijak. Mengundi adalah hak kita sebagai warganegara.

3. Yang masih berstatus kontrak/sambilan, pertingkatkan pencapaian.

4. Yang berstatus tetap, please prove that you're worth it.

5. Anda adalah government servant dan anda akan tetap serve whoever yang dipilih oleh rakyat (termasuk anda) untuk menjadi government.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, November 9, 2011

TABUNG

Baru-baru ini kecoh perihal PTPTN yang tidak lagi mampu/mahu menaja pelajar kita. Sebagai warganegara yang bekerja dalam education line, saya juga rasa tercubit dengan cadangan badan terbabit.

Biar saya bagi gambaran daripada perspektif pelajar dan ibubapa berkaitan perbelanjaan untuk pendidikan pada hari ini.

Pelajar lazimnya keberatan melanjutkan pelajaran di institusi pengajian yang tidak boleh menawarkan pinjaman pelajaran. Ini hakikat.

Ibubapa lazimnya keberatan menghantar anak mereka melanjutkan pengajian di institusi yang tidak boleh menawarkan pinjaman pelajaran. Ini hakikat.

Pelajar dan ibubapa lebih cenderung ke institusi yang yuran pengajiannya lebih murah atau percuma. Ini juga hakikat.

Mudahnya, duit adalah pokok utama. Tak ada duit, mereka tak nak sambung belajar. Kita tolak tepi dulu faktor kesedaran menabung para ibubapa untuk pendidikan anak-anak. Itu cerita lain.

Isu sebenar yang saya lihat ialah kegagalan peminjam membayar semula pinjaman selepas tamat belajar walaupun sudah bekerja. Implikasinya ialah, tabung pendidikan menjadi kontang kerana tiada duit yang roll-in untuk disalurkan kepada generasi baru peminjam.

Memang dah ada inisiatif pihak tabung untuk "memaksa" peminjam degil ini membayar semula pinjaman mereka. Antaranya ialah memblacklist mereka dari pegi oversea dan tidak dapat approval untuk loan dengan bank. Yang kedua ni tak sure how deep they went to implement it. Yang tak boleh pegi oversea tu memang confirm sebab Faizal Tahir pun tak boleh pegi Indonesia untuk Anugerah Planet Muzik itu ari dan budak ofis aku sorang pun ada kena jugak baru ni (kehkehkeh degil lagi bayar hutang).

Ini cadangan saya kepada pihak tabung on top of effort yang mereka dah lakukan:

1. Adjust lah dengan EPF. Instead of peminjam degil ni carum untuk lepas pencen, carumlah dulu untuk kasik settle study loan diorang dulu. All you need is their IC number je kot untuk detect employment movement diorang. Mungkin pendekatan ini tak boleh selesai masalah 100% tapi at least dah boleh reduce the badlock dan ada lah duit masuk untuk keep the fund rolling.

2. Majikan juga patut diberi peranan/authority untuk membuat forced salary deduction kepada PTPTN untuk pekerja yang berhutang dengan pihak tabung. Of course, majikan perlulah membuat semakan dengan data pihak tabung.



Ini pulak nasihat saya kepada peminjam yang degil tak mau bayar balik loan:

Bayarlah woi! Nama pun pinjaman. Kalau loan kereta tu pandai pulak korang nak bayar. Fikir sikit untuk generasi akan datang yang boleh jadi anak-cucu korang jugak esok. At least buatlah pemotongan gaji, RM50 sebulan pun boleh rasanya... janji bayar.

Bayangkan kesan kepada pembangunan negara jika rakyat tidak berilmu. Atau lebih tepat tidak mahu menimba ilmu untuk memajukan diri (at least) kerana... tidak berkemampuan. Macam mana Malaysia nak maju? Think about it.

Kenapa kerajaan tak mahu/mampu bagi pendidikan percuma kepada rakyat macam di Germany? That is totally a different topic.

Friday, November 4, 2011

THE 5TH

Khutbah Jumaat minggu ini biasanya tidak akan lari dari cerita ibadah haji sebab Ahad ni Raya Haji. Tidak adik-adik, Raya Haji bukan hanya untuk orang yang dah pegi haji sahaja.

Bersempena dengan itu, kebanyakan perkara yang dikhutbahkan adalah perkara yang dah biasa kita dengar sejak dari kita kecik-kecik dulu. Namun, dalam pada itu ada juga beberapa ilmu baru yang mungkin kita baru discover.

Terkenang juga individu-individu yang dah mengerjakan haji. Biasanya yang dah berstatus warga emas. Namun ada juga yang masih dalam kategori belia tapi sudah mampu menunaikan haji.

Teori gua ialah, biasanya warga emas yang mampu menunaikan haji adalah mereka yang telah berkemampuan. Of course. Untuk rukun dan syarat haji yang sahih, sila rujuk kepada pakar atau buku teks sekolah.

Mampu dalam konteks yang cuba dikupas ialah mereka sudah langsaikan tanggungan-tanggungan sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci. Dan lazimnya, itu mampu dilakukan apabila kita dah boleh draw EPF 50 tahun ataupun yang full swing punya EPF yakni apabila umur kita 55 tahun. Biasanya lah... Logik?

Bagi yang kategori belia pula, mereka barangkali telah mempunyai insurans yang cukup untuk menampung segala kos yang ditinggalkan kepada waris if anything bad happens to them while performing Hajj. Logik?

Ingat, ini cuma teori gua aje. Kalau yang dah memang mampu dek kerana simpanan itu memang totally out of the league lah kan?

Kepada muslimin dan muslimat yang sedang menunaikan ibadah haji, semoga mendapat haji yang mabrur saya ucapkan. Kepada muslim yang lain, kejarlah ibadah yang mampu kita lakukan bersempena Zulhijjah ini.

Kalau mampu gua akan cuba berpuasa esok (9 Zulhijjah) sebab pahalanya umpama berpuasa selama 60 tahun!

Monday, October 31, 2011

RESIT

Petang semalam gua pegi Tesco Nilai. Ada beberapa item yang on sale at a really good price. Seperti biasa, item tersebut ada yang kategori keperluan dan ada yang kategori gatal. Gatal nak beli. Rugi tak beli sebab the offer is very good.

Ini barang yang dah lama gua aim nak beli tapi agak mahal. Oleh kerana offer Tesco ini sangat baek maka gua tidak mahu melepaskan peluang. Sila klik the whole parangraph untuk tengok item tersebut jika berminat. By the way, item tersebut ialah yang dalam kotak terakhir.

Tapi gua bukan nak cerita pasal barang tu, tapi gua nak cerita fiil guard (bukan Malaysian) yang sudah bikin gua panas masa di kaunter cashier.

Seperti lazim gua membeli-belah di mana-mana hypermarket, selepas unload barang di atas conveyer belt cashier, gua akan suruh bini gua tunggu kat depan dengan troli yang dah dikosongkan bersama Mikael yang biasanya masih duduk di dalam troli tersebut.

Sedang sang cashier mengimbas (scanning) barang-barang gua, ada satu guard ni sudah datang kat bini gua yang sedang menunggu lalu diminta resit barang yang gua beli. Specifically menunjuk kepada item seperti yang diceritakan di atas. WTF?

Kau nak apa? Gua tanya.
Dia tengok muka gua. Ntah paham ntah tidak apa benda gua cakap.
Bini gua menyampuk, dia nak resit.
Kau tak nampak ke orang tengah scan barang tak abis lagi nih? Nak resit mende? Gua sound guard tu satu kali.
Dia buat muka sardin. Blur. Memang tak paham bahasa.
Dah settle semua payment gua tanya lagi, Hah, kau sibuk nak apa tadi? Resit?
Gua pun bagi resit yang dah umpama tiket loteri 18juta tu kat dia. Dia sign ntah kat mana-mana dan bukannya pada specific item yang gua beli tu pun.
Sebelum blah gua sound lagi sebijik, Kalau aku nak mencurik pun takkan lah aku nak bawak anak-bini aku sekali, lalu ikut sini pulak tu (cashier counter).
Dan dia masih dengan wajah sardin yang blur. Memang sahih tak paham bahasa.

Ya, mungkin memang dia hanya menjalankan tugas tapi agak-agaklah sikit beb. Nangui betul.

Gua semak jugak sekeliling tengok-tengok kot ada hidden camera untuk rancangan Boiling Point. Tak ada. Nasib baik. Confirm guard tu yang gampang semulajadi.

Kesimpulan:
1. Pihak Tesco sila beri perhatian berkaitan pengambilan security guard yang sebegini. Anda telah berjaya menaikkan darah customer anda.
2. Pendatang asing yang nak berkerja di Malaysia, sila belajar Bahasa Kebangsaan negara Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Monday, October 24, 2011

GAMBAR


Sila klik gambar untuk lebih jelas.


Find the mistake yourself. Hehehe...
This is true as captured this morning.

Tuesday, October 11, 2011

SELAMAT MALAM



Al-fatihah. Berehatlah dengan tenang di sana.

SUKSES



Baru-baru ni gua telah menonton filem Siam nih di Astro.
Damn entertaining. My kind of comedy.
I hereby give a full recommendation to watch this movie (hek eleh, macamlah pengkritik filem tersohor duniawi).
Enjoy!

Thursday, October 6, 2011

Wednesday, October 5, 2011

Thursday, September 22, 2011

ULTRAMAN

Mikael kebelakangan ini gemar benar membuat aksi Ultraman Tige. Ye, dia sebut T-I-G-E bukan T-I-G-A. Aksi dilakukan tak kira waktu. Masa tengah tengok tv (yang bukan siaran Ultraman sekalipun), masa atas katil dah nak tido, masa tengah basuh berak, masa dalam kereta, masa tengah makan ubat dan pelbagai ketika lagilah yang lazimnya tak munasabah.

Hairannya, aku memang tak pernah bagi dia tengok Ultraman pun kat rumah. Tengok DVD apatah lagi sebab memang tak beli pun. Di rumah biasanya aku bagi dia tengok channel 613 sahaja. Lain-lain channel yang lazim untuk budak-budak memang aku tak bukak walaupun 611, melainkan terpaksa.


Kredit untuk gambar

Aku bukan fan sangat pun Ultraman nih sebenarnya. Biasa-biasa je. Dan aku kenal karekter ni sejak dari kecik-kecik lagi. Iye lah, rasanya dari 1960's dah ada Ultraman ni. To some, Ultraman adalah wira pujaan hati but to some Ultraman adalah satu karekter jenaka. Terpulang.

Berdasarkan pengalaman, modus operandi Ultraman melawan resakse adalah lebih kurang sama aje. Mula-mula lawan-lawan, penat-penat, resakse menang sikit, Ultraman menang sikit, lampu merah menyala baru Ultraman guna hikmat dan akhirnya Ultraman menang. Habis.

Namun, perasankah anda bahawa set untuk scene Ultraman berlawan (dengan resakse) itu nampak begitu murahan? Obvious sangat mereka menggunakan miniature set untuk shooting scene lawan supaya Ultraman nampak besar. Dan rasanya mereka menggunakan kaedah shooting yang sama (mungkin sekarang dah advanced sikit kot) untuk sekian lama - walaupun kita memang tau Jepun adalah salah sebuah negara yang mempunyai kepakaran teknologi yang tinggi di dunia. Tapi kenapa agaknya?

Aku lihat ini dari perspektif lain sebenarnya. Pada aku, mereka masih percaya pada root Ultraman itu sendiri. Mereka masih mahu mengekalkan style, scene dan idea siri Ultraman itu - walaupun rasanya mereka lebih dari berupaya atau mampu untuk memodenkan siri itu. Yang berubah biasanya nama Ultraman. Ada Cosmos lah, Tiga lah, Empat lah, Lima lah dan ntahaphapa lagi aku pun tak tau.

Ini dilihat sejajar dengan natijah orang Jepun yang begitu menjunjung santun budaya mereka. Culture mereka. Mungkin orang Jepun rasa adalah lebih baik siri Ultraman itu dikekalkan style nya walaupun zaman sudah berubah. Mungkin juga itu cara mereka menjadikan Ultraman itu satu heritage untuk dikenang dunia sampai bila-bila.

Personally, aku tak rasa orang kita mampu sampai ke tahap itu untuk mempertahankan budaya warisan kita dalam aspek-aspek tersendiri. Jepun mampu dalam cara mereka sendiri. Mereka masih steady walaupun ada yang mentertawakan Ultraman dan Godzilla mereka.

Adakah anda akan melihat Ultraman dalam perspektif yang sama lagi selepas ini?

Monday, September 19, 2011

OBSERVATION

Gua baru balik dari Kuantan semalam. Ada family day dengan officemate satu department. Tak penat? Nampak benor membohongnya. Tiga hari dua malam, dari hari Jumaat sampai Ahad. Gua nak catat perkara-perkara yang gua perhatikan sepanjang trip tersebut.


Gua pegi sini

1. Jalan berkonvoi berbijik-bijik (10+) kereta memang leceh. Timing adalah perkara yang amat perlu dititik-beratkan selain daripada kelajuan memandu yang parallel sesama peserta konvoi.

2. Berborak dengan brader bawak superbike di BHP lepas tol Karak memang membuka minda. Steady betul brader dari Selayang tu nak pegi Kelantan sorang-sorang. Hari Jumaat pegi, Sabtu balik. Champion!

3. Masih ada lagi polis trafik yang duduk dalam longkang kat highway dengan speedtrap camera. Pity.

4. Kalau nak tau kau sebenarnya cekap atau tidak memandu kereta, sila cuba highway Karak yang berbukit-bukau dan bengkang-bengkok itu. Pergh.

5. Jangan under estimate resort yang lama kerana gua sungguh terperanjat dengan what we got for the price offered. Not perfect, but just good enough. Beyond my expectation actually.

6. Duduklah lane kiri kalau anda tidak memotong. Kau ingat kau dah cukup laju? Cheh, ada orang lain lagi laju lah woi!

7. Pastikan kepala konvoi benar-benar mahir dengan jalan untuk ke destinasi. Kalau tak, merry go round lah jawabnya.

8. Budak-budak kalau dah mengantuk dan penat memang macam-macam. Pastikan mereka cukup rehat. Manakala swimming pool dan playground pula adalah umpama jualan murah di Sogo (bagi orang dewasa) yang tak putus asa memanggil-manggil mereka. Chis.

9. Acara terompah gergasi untuk sukaneka akan gua ban untuk sebarang acara di hari muka. Reject! Tiga orang punya ankle sudah injured. Bahaya seh.

10. Sata di kedai Oh Fatimah memang baek! Tapi kat Pantai Teluk Mak Nik (Monica Bay), Kemaman tetap yang terbaek beb.

11. Banyak betul traffic light kat pekan Kuantan.

12. Black Pocket gua memerlukan dua tangki penuh untuk perjalanan dengan speed average 100-120km/h dari Bandar Seri Putra-Kuantan-Bandar Seri Putra. Not bad eh? Ye, saya seorang pemandu yang berhemah (uhuk).

13. Selaku chairman untuk event kali ini, antara pengajaran paling penting dalam mengorganize event chenggini ialah: Utamakan keselamatan dan event must go on according to plan as endorsed by the majority. Jangan ambik pusing sangat komplen kecik-kecik nih. Buat sakit kepala je beb. Kalau nak ikut tekak setiap orang, matilah! As long as the accomodation is acceptably comfortable, the event flows accordingly dan orang enjoy (ini yang paling penting), that is already good enough for me.

14. Last minute cancellation atau additional people memang menyakitkan hati. Itulah gatal namanya. Kejap nak pegi, kejap taknak pegi. In this case, rapport dengan orang venue amatlah penting.

15. Kuantan is another nice place to go for vacation.

Sekian, terima kasih.

Thursday, September 8, 2011

10 FAKTA LAJU: SYAWAL 1432

1. Gua tak sempat buat baju raya sedondon dengan anak-bini tahun ni. Takpe, next time bebeh.

2. 1 Syawal menyaksikan gua mengalami kerengsaan perut lantas membantutkan selera makan. Dah petang-petang sikit baru boleh full swing.

3. Kuih raya mak gua banyak gila. Gua pun tak tau bila boleh habis semua kuih tu.

4. Kuah lontong mak gua adalah antara yang terbaek di dunia setakat ini.

5. Plain three-quarter baseball shirt adalah satu-satunya pakaian yang gua beli sempena hari raya tahun ini.

6. 6-7 Syawal dihabiskan overnight bersama kawan-kawan di Sungkai - mandi air panas. Memang terbaek beb. On the way pegi sempat layan nasik mamak gamit di Ipoh. Balik pulak layan pau Yik Mun di Tanjung Malim. Fuh, i love my country.

7. Tahun ni berjaya juga gua pacak Jalur Gemilang kat pagar rumah. Dah lama teringin nak buat.

8. 2 Syawal menyaksikan gua ke Kg. Bukit Bangkong, Sepang (kampung mak mertua) seperti lazim tahun-tahun terdahulu. Specialnya tahun ini ialah hidangan sate - isteri sepupu Shidah adalah peniaga sate. Memang gua sesah cukup-cukup beb. Eat all you can. Eat till you drop. Eat till you fat. Dan lain-lain yang seumpamanya.

9. Tahap obses Mikael terhadap iPad membuatkan gua berfikir akan kewajaran memiliki gajet tersebut. Sebenarnya wajar atau tidak? Timbang-timbangkan.

10. Gua kehilangan seorang jiran Isnin baru-baru ni kerana serangan sakit jantung - itu punca kematian yang diberitakan. Arwah Jamadi Atan was just 35. Al-fatihah.


Nota: Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Friday, August 26, 2011

ADJUST

Orang kata bulan Ramadhan nih bagus untuk perbetulkan diri. Iyelah, syaiton kena ikat, senang sikit kita nak buat alignment kot?

Antara perkara lazim yang saya tau ialah cubaan nak berenti merokok, nak mendekatkan diri dengan tuhan, nak mendekatkan diri dengan Al-Quran, nak kuruskan badan dan macam-macam lagilah dengan harapan cubaan mereka itu akan menjadi cara hidup walaupun di luar bulan Ramadhan kelak.

Namun, ada juga perkara yang saya kira lebih sukar untuk diubah. Mentaliti. Paradigma. Pemikiran. Dan lain-lain yang seumpamanya lah. Ini antara contoh-contoh situasi yang menunjukkan pemikiran kita masih lagi tersangkut.

1. Tak pernah nampak kawan bertarawikh di surau/masjid.
Adakah itu bermakna kawan kita itu TIDAK bertarawikh langsung? Ada tak kemungkinan dia berjemaah dengan anak-isteri beliau atau dia tak larat nak ke surau?

2. Disenggol kasar oleh pemuda di pasar ramadhan.
Adakah itu bermakna pemuda itu kurang ajar atau tidak menghormati orang? Ada tak kemungkinan dia sebenarnya terpaksa lekas membeli juadah berbuka yang banyak kerana ramai adik-beradik atau dibuli oleh kawan seasrama atau dipow oleh senior?

3. Dipotong sewaktu beratur di jalan yang jam ya amat.
Adakah itu bermakna si pemotong itu memang dari jenis lahabau yang kuang hajau? Ada tak kemungkinan yang si pemotong itu sebenarnya nak lekas sampai rumah sebab nak terberak atau bininya nak bersalin atau dah terlalu lewat nak jemput anak di nursery?

4. Nampak orang shopping raya kelam-kabut gila-babi tak ingat dunia.
Adakah itu bermakna dia materialistik lebih-lebih menjelang raya? Ada tak kemungkinan yang dia sebenarnya dah 10 tahun tak merasai nikmat bershopping raya atau tahun itu dia dapat bonus raya 5 bulan atau kat tempat dia takde Sogo, KLCC atau Jalan TAR?

5. Kawan sepejabat tak beli kuih raya yang kita jual.
Adakah itu bermakna dia tak mahu menyokong bisnes kita? Ada tak kemungkinan sebenarnya yang kuih raya kita tu tak sedap atau hal-ehwal kuih raya ni bini dia yang uruskan atau kuih raya dia tahun lepas pun masih ada lagi dalam balang belum bukak?

Jadi inilah antara perkara yang saya kira patut di adjust. Kita manusia ni memang mudah sangat jadi judgemental. Tapi kadang-kadang apa yang kita sangka itu adalah betul walhal kita sebelum itu menafikannya, itu yang jadi kita susah nak adjust pemikiran kita tu, kan? Wallahua'lam.

Wednesday, August 24, 2011

PULPFIX: BATAL

Jamal Yahya sedang bersiap-siap wudhu' hendak ke surau untuk solat tarawikh seperti selalu-selalu. Ini dah masuk 10 malam terakhir, kena lebih sikit beribadat nih, getus hatinya sambil mengingati pesanan Ustazah Hamidah.

Jamal Yahya biasanya ke surau hanya dengan berjalan kaki. Lebih sikit pahala katanya. Setiap langkah menghapuskan satu dosa, menambahkan satu pahala dan menaikkan satu darjat. Begitu kata narrator di televisyen yang mengulas salah sebuah hadith apabila masuk waktu solat. Jamal Yahya tersengih tanda kemenangan.

Di surau kelihatan ramai pakcik-pakcik, makcik-makcik, atuk-atuk, nenek-nenek dan tak ketinggalan rakan-rakan sedarjah Jamal Yahya yang sedang menunggu iqamah pak bilal untuk menunaikan solat Isya'.

Sedang Jamal Yahya sibuk-sibuk mencari parking selipar yang solid dan selamat, Rahman Bagak datang menegur. Rahman Bagak ialah budak sekelas Jamal Yahya yang berbadan besar namun bersuara halus. Budak 8 tahun, mestilah speaker belum pecah lagi.

Wah, selipar raya ke Jamal?
Haah. Selipar puasa dan Hari Raya sekali mak aku kata.
Bila kau beli selipar nih?
Dua hari sebelum puasa lagi.
Tiap-tiap hari ke kau pakai selipar ni pegi tarawakih?
Iyelah. Kenapa?
Kau datang surau dah siap wudhu' kan?
Haah. Kenapa kau banyak sangat tanya nih?
Aku rasa... semua sembahyang tarawikh kau tak sahlah Jamal.

*****

Mak Tom yang sedang sibuk membuat kuih samperit di dapur terkejut dan kehairanan apabila terdengar suara Jamal Yahya sedang menangis di ruang tamu. Tak pegi tarawikh ke budak nih? kata Mak Tom dalam hati. Tadi bukan main berkobar lagi, aku lainlah ada MC, kata hatinya lagi.

Ini semua mak punya pasal la nih.
Hoh? Apanya yang mak punya pasal?
Penat je Jamal solat tarawikh... tapi tak sah.
Kamu kentut masa solat siapa suruh?
Mana ada kentut... tu... cuba tengok selipar yang mak belikan tu...




Inspired by: Angry Birds di bulan Ramadhan.

Monday, August 22, 2011

SURELY

Biasa kita dengar ayat "slowly but surely" atau terjemahannya lebih kurang berbunyi "perlahan tapi pasti".

Tapi tahun ni rasanya ada sikit lain. Ia telah menjadi "quickly and surely" atau terjemahannya lebih kurang berbunyi "cepat dan pasti".

Ramadhan. Tahun ni cepat benar "rasa"nya. Tup-tap-tup-tap dah nak raya dah minggu depan. Aku pasti ada yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan kenyataan aku nih. Itu biasa.

Dan "rasa" ini biasanya menjurus kepada fakta yang berbunyi hari kiamat itu sedang menghampiri tatkala waktu dirasakan berlalu begitu pantas.

Are we ready for it?

Friday, August 5, 2011

PERSPEKTIF

Semalam Shidah nak ke farmasi Guardian untuk carik barang sikit. Guardian yang terhampir sekali dengan ofis kami ialah yang terletak di Seksyen 3, Bangi. Jelas sekali waktu rehat tengah hari adalah waktu yang paling afdal untuk melakukan aktiviti ini.


Photo credit to this site.

Sementelah Guardian itu bersebelahan dengan kedai serbaneka 24jam, maka gua lantas teringat stok rokok gua yang dah tinggal sebatang kat rumah nun. Baik singgah beli sekali, takyah nak kelam-kabut petang atau malam karang baru nak pegi beli. Jam woh!

Berdasarkan pengalaman lalu, kedai serbaneka 24jam yang satu ni lazimnya gemar meminta-minta wang kecil. Macamlah pelanggan mereka ini mesin penukar wang kecil di pusat-pusat game terkemuka ibukota. Maka atas dasar itulah gua cuba-cuba mencari majalah yang masuk akal untuk dibeli sekali dengan rokok dengan harapan juruwang tidak sibuk meminta duit kecil.

Duit not RM50 kalau dibawa ke pasar ramadhan dengan tujuan membeli apam balik adalah satu cara paling mudah untuk mengurangkan pahala puasa si penjual mahupun si pembeli.

Tak ada pulak majalah yang berkenan. Paling best pun majalah Mangga tak pun komik budak-budak zaman sekarang yang cenderung meniru style/stroke anime jepun.

Lantas gua capai saja akhbar The Star dan minta sekotak rokok sambil menghulurkan not RM50 yang dinyatakan tadi.

"Awal lagi dah beli rokok ni pakcik, waktu berbuka lambat lagi", tegur juruwang dengan gaya macam nak-taknak scan barcode rokok tersebut.

Perbincangan:
1. Salahkah gua beli rokok 5jam sebelum waktu berbuka?
2. Adakah puasa gua batal kalau gua beli rokok sebelum waktu berbuka?
3. Apa hak juruwang untuk mempertikai waktu pembelian gua?


Jika anda berminat nak tau, gua tak melenting pun. Gua hanya tersenyum dan berkata, "Petang karang jam teruk kat sini sebab ada pasar ramadhan, awak pun tau kan? Sebab tu saya beli sekarang".

Dan juruwang trainee muda yang macam baru lepas sekolah itu meneruskan tanggungjawab beliau seperti seorang juruwang yang sepatutnya.

Wednesday, August 3, 2011

PUASA


Photo credit to this site.


Minum air sebaik bangun dari tidur.
Sarapan pagi di Restoran Haji Rosli.
Senaman paru-paru selepas makan atau semasa "menunaikan hajat".

Kesemua di atas tidak mungkin (tidak patut) berlaku semasa berpuasa.

Cubaan menguruskan badan boleh berjalan dengan lebih lancar.
Kebergantungan terhadap nikotina lebih mudah dikurangkan.
Rasa mengantuk ya amat yang lebih kuat dari biasa.

Kesemua di atas mudah berlaku semasa berpuasa.

Selamat berpuasa saya ucapkan kepada semua pembaca budiman sekalian (apahal skema ayat gua nih?).

Wednesday, July 27, 2011

TRULY

Manusia memang tidak pernah puas.
Ini adalah benar.
Manusia yang berkedudukan tinggi lazimnya mempunyai agenda peribadi.
Ini adalah benar.
Manusia yang berkuasa lazimnya mempunyai conflict of interest.
Ini adalah benar.
Manusia yang berkedudukan, berkuasa tetapi sebenarnya jumud lazimnya cenderung menjadi diktator yang angkuh.
Ini adalah benar.
Manusia yang berkedudukan, berkuasa dan jumud lazimnya takut menerima kenyataan.
Ini adalah benar.
Manusia lebih cenderung mencari kesalahan berbanding menerima kenyataan.
Ini adalah benar.

Kesemua di atas adalah benar kerana saya telah pun melihatnya berlaku di hadapan mata saya sendiri.

Benteng kesabaran saya sedang retak menanti belah. Apabila ia sudah pecah kelak, harapnya saya tidak perlu lagi melihat kesemuanya itu.

Tuhan bimbinglah saya.

Monday, July 18, 2011

PULPFIX: DON

Don ialah seorang jejaka 40an yang masih solo. Nak kata dia ni kacak sangat macam Brad Pitt tu takdelah. Tapi ada rupa dan gaya lah orang kata. Kaya? Samalah jugak dengan tahap kehensemannya tadi. Kaya sangat tu tidak, tapi berduitlah juga.

Adapun emak si Don ni selalulah meleteri beliau berkaitan hal-ehwal kawin. Don seperti biasa hanya akan memekakkan telinga apabila emaknya mula membuka saluran leter. Tiadalah dia mengambil pusing sangat akan leteren emaknya itu.

Tapi sebenarnya dalam hati Don tiada siapa pun yang tahu betapa meronta-rontanya hati beliau ingin berbini dan berkeluarga. Pernah dulu Don jatuh cinta, tapi mata airnya sudah berkawin dengan orang lain. Sejak dari itu boleh dikatakan hati Don tertutup untuk wanita. Namun tiadalah pula beliau berubah selera kepada kaum sejenis. Tidak sama sekali. Don masih straight.

Dua tiga hari ni Don kelihatan lebih ceria. Sehingga emaknya pun bertanya, "Wah, bukan main happy nampak kau ni Don. Dah ada makwe ke?" namun Don hanya tersengih-sengih sambil membetul-betulkan rambut gaya pacaknya di hadapan cermin.

Pelan-pelan Don ke ruang tamu dan kembali ke ruang menonton. Tempat dia meng"adjust" rambutnya tadi.
"Mak, tolong pinangkan makwe nih. Dah lama saya tunggu dia. Bertahun!" kata Don sambil menghulurkan senaskhah akhbar kepada emaknya.

Jari telunjuknya pelan-pelan menuding ke arah satu headline kecil dan bergambar pada frontpage yang berbunyi:
Jennifer Lopez dan Marc Anthony berpisah.


Inspired by: JLo.

Wednesday, July 13, 2011

Friday, July 1, 2011

PULPFIX: BERSIH

Suatu petang. Di suatu kawasan perumahan. Di hujung jajahan Lembah Kelang. Jauh dari ibu negara.

Panama sedang memandu perlahan keluar dari lorong rumahnya. Di tengah-tengah lorong kelihatan si Padlun dengan berbaju kuning bersorak-sorak sorang-sorang. Tengah-tengah lorong. Percubaan membuang tabiat ataupun gila glamer barangkali.

Padlun: Bersih! Bersih! Bersih! (sambil mengangkat kedua-dua tangan).
Panama: Kau elok-elok sikit... kang kena tangkap susah.
Padlun: Bersih! Bersih! Bersih! (sambil mengangkat kedua-dua tangan).

Panama berlalu sambil menggeleng-gelengkan kepala dan tersenyum sinis. Bersemangat benar jirannya itu.

Tapi Padlun, sebelum kau sibuk-sibuk dengan hal-ehwal tuntutan membersihkan SPR tu, ada baiknya kau bersihkan dulu rumah kau dan juga najis kucing belaan kau yang dalam sangkar tu. Busuk ya amat! Serius!

Dah settle barulah sajak nak pegi berhimpun hatta untuk kenaikan gaji sekalipun.


Inspired by: Warna kuning yang dah jadi taboo dewasa kini.

Monday, June 27, 2011

MOTIVATION VS. CHALLENGE

Think outside the box.
Bring out your true potential.
Believe in what you do and prove it.
Performance will speak for itself.

Friday, June 17, 2011

PULPFIX: API

Pada suatu hari datanglah Karim ke gerai burger Bob untuk melepak bersama-sama rakan-rakan beliau seperti selalu-selalu. Pada petang itu hanya ada Mubarak. Awal lagi barangkali getus hati Karim.

Karim: Awal kau ini ari?
Mubarak: Balik keje awal...
Karim: Api ada? Api? (sambil memuncungkan mulut yang dah ada rokok).
Mubarak: Kau nak yang besar ke yang kecik?
Karim: Besar ke kecik mende pulak nih?
Mubarak: Iyelah... kau nak api yang besar ke yang kecik?
Karim: Setakat nak nyala rokok je... kecik sudah...
Mubarak: Nah (sambil menghulurkan lighter terbaek di dunia, Cricket).
Karim: Kalau api besar macam mana pulak? Lighter besar?
Mubarak: Kalau kau nak api besar, ada kat neraka.


Inspired by: Kawan-kawan di gerai burger Bob.

Wednesday, June 15, 2011

KUASA

Kita mungkin masih ada kuasa membeli (purchasing power). Tapi apa pula value yang ada pada kuasa membeli itu?


Ini adalah air teh botol kegemaran saya. Tidak, saya tidak sikit pun terpengaruh dengan iklan mamat Wolverine tu berjoget sambil minum teh ni. Tapi sebab saya simply suka rasanya. Memang thirst quencher terbaek bagi saya.

Sebab saya ini seorang yang observant, maka saya dengan mudah mengecam perubahan botol yang digunakan. Belah kiri adalah botol lama, kanan pula yang baru. Bila pegang memang rasa kecik sikit yang baru tu. Design botol yang lebih compact? Sila lihat gambar di bawah.


Bukan setakat design botol baru saja yang lebih compact malah isipadunya juga turut di compress! Dan harganya tetap sama seperti dulu. Cheers bebeh!


Tetra Pak. Satu jenama yang berasal dari Sweden yang dikenali dunia. Banyak lagi carton minuman yang menggunakan design Tetra Pak selain daripada contoh di atas. Inovatif mereka ini. Saya minat.


Tapi yang dua ini adalah minuman rasmi anak dan isteri saya. Ya, saiz kotaknya memang sama. Memang standard. Memang piawai Tetra Pak.


Yang tak standardnya ialah isipadu kandungan minuman tersebut. Ya, ini bukan kerja Tetra Pak tetapi kerja manufacturer minuman ini. Bak kata Shidah: Biasa kalau goncang kotak dulu padu je... yang sekarang ni macam ada ruang kosong pulak. Bila cekidaut contentnya... patutlah. Dan sekali lagi, harganya tetap sama seperti dulu.

Jadi, apakah nilai kuasa membeli yang ada pada anda? Renung-renungkan dan selamat berfikir! Heheheh...

Tuesday, June 14, 2011

PULPFIX: KUNYIT

Mak: Alhamdulillah... dah naik dah pokok cili nih.
Anak: Macam mana rupa benih pokok cili?
Mak: Daripada bijik cili lah... kita tanam, siram, nanti naiklah pokok.
Anak: Ooo... pokok serai?
Mak: Daripada batang serailah.
Anak: Ooo... pokok betik?
Mak: Daripada bijik betiklah. Haa... sekarang mak nak tanam pokok kunyit. "Benih"nya ada dalam peti ais tu. Cuba pegi ambikkan.

Beberapa minit kemudian.

Anak: Nah.
Mak: Ini apa?
Anak: Benih kunyitlah. Tadi kan mak mintak?
Mak: Iyalah... tapi ini serbuk kunyit sayang oiii...


Inspired by: Iklan serbuk kunyit Adabi di tv malam tadi.

Friday, June 10, 2011

GO EAST

Last week gua cuti ari Jumaat dan Isnin. Pegi Pasir Puteh, Kelantan. Sepupu Shidah kawin. Sepupu dia lelaki. Pada majlis belah lelaki nanti gua kemungkinan besarnya (cenderung kepada confirm) akan absent kerana tuntutan kerja. Makanya, kenalah gua cover line pegi majlis belah pompuan. Kelantan pun Kelantan lah. Jauh seh.

Perjalanan secara memandu ke Kelantan seingat gua takde yang tak penat. Memang bohong kalau kata tak penat. Rehat kalau tak cukup juga cenderung menjadikan emosi marah mudah menguasai diri sebab dek sengal memandu dalam tempoh yang lama.

Bermalam di homestay di Pasir Puteh adalah satu pengalaman yang biasa-biasa saje. Rumah arwah nenek gua kat Segambut pun pakai air perigi yang dipam. Lambakan nyamuk terutama pada waktu malam juga adalah lazim life di kampung. Gua sikit pun tak rasa canggung.

Yang menarik pada gua ialah pengendalian majlis kenduri kawin itu sendiri. Memang sempoi. Pihak perempuan menyediakan dua canopy (20'x10') dengan satu buffet line di setiap canopy. Lelaki dan wanita ambik makanan dan makan di canopy berasingan. Meja makan? Takde. Kerusi saja. Yang penting sekali, makanan dia memang champion! Authentic Kelantan. Gua suka.

Kitorang tak berapa puas berjalan di Kota Bharu sebab baru 15 minit sampai Pasar Siti Khadijah, Mikael sudah berak. Cemas jugak nak carik bilik air. Cheh. Lagi satu yang terbaek pada gua ialah kedai Nasi Kerabu Golok yang letaknya kat tengah pekan Kota Bharu. Kalau korang adalah peminat nasi kerabu macam gua, this one is a must try. Pergh, orang beratur macam nak beli tiket bas balik raya gua cakap lu.

PCB juga masih tak berubah. Orang ramai. Jalan dok besar tu jugak. Ada satu lopak besar bertakung air telah berjaya melemaskan lagi keadaan yang sedia sesak tersebut. Duduk 15-20 minit pertama layan angin laut syoklah. Masuk minit ke-23, memang kusut beb. MPKB gua kira kena improve area ni.

Rombongan Cik Kiah seterusnya bersambung ke Kemaman. Makan 5-6 jam jugak kitorang nak sampai Kemaman dari Pasir Puteh. Jambatan kat Kuala Terengganu pulak boleh jam. Pergh! Bandaraya... memanglah lah jam, kata seorang kenalan yang berasal dari Terengganu, En. Fauzi Abd Rahman. Gampang, kata gua dalam hati.

Homestay di Kemaman juga sebenarnya taklah berapa nak homestay. Ia adalah rumah banglo dua tingkat tepi jalan. Siap ada aircond lagi. Tapi lambakan nyamuk untuk rumah kali ini memang Luar Biasa - bak kata Shahir. Tension jugak gua dibuatnya. Namun, rasa tension itu hilang apabila gua berjaya tido tidak sedarkan diri tanpa usaha yang gigih.



Perkara terbaek di Kemaman pada gua ialah Satar. Otak-otak Kempas atau Gelang Patah boleh bungkus beb, kehkehkeh. Gua rasa kalau ada orang bagi gua 40 bungkus pun gua boleh kasi settle. Lazat benar. Tiada penipuan.

Perjalanan balik ke Kolumpo memang telah mengakibatkan betis gua berbuah, begitu kata mak mertua gua. Gua dan Ado (adik ipar) gerak balik sekali. Yang dua lagi geng konvoi sibuk nak makan satar dulu kat Kemaman. Last round sebelum balik katanya. Biarkanlah. Gua ngan Ado masuk LPT melalui Gebeng.

Melalui Gebeng kami kena menempuh 3 kali tol. Yang last ialah tol Gombak. Setiap tol dia punya jam macam cilake. SmarTag pun tiada gunanya. Boleh pecut sikit je lepas tol. Lepas tu next tol, jam balik. Serius penat. Jumlah masa perjalanan dari Kemaman-Keramat ialah sekitar 7 jam. 1230pm gerak, 730pm sampai. Best kan?

Nasihat saya, kalau rasa nak berjalan makan angin secara lalalala di pantai timur, lakukannya pada waktu bukan cuti sekolah, cuti umum ataupun cuti weekend yang bersambung.


Nota: Memandu di sepanjang coastline di Kemaman memang cantik beb. Serius.

Wednesday, June 1, 2011

MINYAK (2)

Pagi tadi Black Pocket saya dah clock 250km dengan half tank petrol. Ini adalah petanda yang baik dan ini adalah kali ke 6 saya isi full tank menggunakan minyak petrol Primax 95 Xtra secara berterusan. Ya, dalam hati saya ada taman kerana masih memberi peluang kepada hasil produk negara.

Trend pagi tadi menunjukkan telah ada kemajuan daripada sebelum ini. Bagus. Tak payah saya susah-susah nak carik stesen minyak lain. Stesen Petronas ni bersepah satu Malaysia beb!

Walau bagaimanapun, ini adalah pendapat saya:

1. Masa mula-mula try minyak tu kereta saya dah lama tak diservis. Mungkin pembakarannya kurang efisyen sebab banyak sangat daki. Perubahan kemajuan dari segi clocked mileage adalah amat ketara selepas kereta diservis. Tidak, saya bukan malas nak servis kereta tapi mileage nya belum cukup untuk diservis. Bila dah samapai time barulah servis, kan?

2. Adakah kemungkinan campuran minyak formula lama dan baru dalam tangki bawah tanah di stesen minyak juga menjadi faktor performance minyak baru tersebut? Mungkin juga kan?

3. Kalau Black Pocket saya mampu clock lebih daripada purata mileage yang biasa dia clock sewaktu menggunakan minyak lama dulu maka memang champion lah minyak baru ni. Namun kalau dia hanya sekadar at par saja, maka takdelah terel sangat minyak baru tu.

Maka saya dengan ini membuat keputusan untuk kekal menggunakan minyak RON95 baru keluaran Petroliam Nasional Berhad tertakluk kepada *terma & syarat.

Sekian, terima kasih.



*Clocked mileage dengan full tank mestilah sekurang-kurangnya at par dengan minyak terdahulu.

Friday, May 27, 2011

DUH

Scene 1:
What's the trend like outside eh? Is it the same as what we're facing here?
I'm not quite sure nor I can even comment on that because I don't know.
I think everybody else outside is facing the same issue as we are here.
Sorry, I don't know (am I suppose to know?)

Respond dalam hati:
And for that comparison we have to jump in the bandwagon and ride it furiously to a cliff and jump? Aren't we suppose to find a way out instead of just sitting here and talk shit?


Scene 2:
Why did you set the event to be on Sunday? I don't think this group of staff would want to come to work on Sunday.
Yes we did requested the event to be held on Sunday but only for January's event. Suddenly when the annual planner came out, they set the July's event to be held on Sunday as well. We are just following orders you see.
Yes, can't we change it to Monday then?
Nope. Not this time. Next round maybe.
Why?
Firstly, it's already end of May and secondly, all invitations have been sent out as early as March.
Yes, but why on Sunday? Nobody would want to come to work on Sunday.
It's ok if they refuse to come. It's fine. We will still be around though. Besides, we've been working on Sundays for the past how many years. On the other note, we'll only be working on Sundays for like... twice a year. Only (what's the big deal sangat?)

Respond dalam hati:
Who the hell in the world would like to work on Sundays? Not even us. But when it's a call of duty, you should be on duty lah. Apa yang nak berkira sangat? Twice a year and making lots of noise... how about those long hours of breakfast, lunch, tea break and not to mention the missing-in-action-but-punch-card-got-action? Bugger.



How much dumber would you like to be, sistah?

Friday, May 20, 2011

MINYAK

Tidak, saya bukan nak bicara soal harga minyak naik. Lagipun, Black Pocket saya hanya menggunakan RON95 untuk bergerak. Minyak marhain.



Saya nak berkongsi pengalaman saya menggunakan minyak Petronas yang terbaru yang dikenali sebagai PRIMAX 95 Xtra. Ya, saya memang menggunakan minyak Petronas sebagai tanda sokongan kepada produk negara untuk semua kenderaan-kenderaan saya sebelum ini. Patriotik? Ada lah jugak. That's the least I can do.

Namun, "PRIMAX 95 Xtra: Savings all the way" telah menghilangkan kepercayaan saya setelah menggunakannya sebanyak tiga kali. Full tank. Jimat? Saya rasa macam kena tipu. Jangan melatah dulu, sila baca sampai habis. Ingat, ini adalah pengalaman saya. Pengalaman orang lain saya tak tau.

Saya memang keep track dengan mileage yang di clock oleh kereta saya setiap kali mengisi minyak. Dan saya memang sentiasa isi full tank. Manalah tau, tup-tup esok minyak naik, takyah kelam-kabut beratur kat stesen minyak sebelum tengah malam.

Sebelum minyak baru ni, kereta saya secara puratanya mampu clock 420km dengan full tank yakni daripada fuel indicatornya full bar sehinggalah ia berkelip-kelip memberitahu kereta ni dah haus. Ya, saya mengamalkan gaya pemanduan berhemah. Sekali-sekala je tekan sampai 130km/h atau 140km/h. Takut.

Dan biasanya juga, kereta saya secara puratanya mampu clock 250km dengan half tank. Lebih kuranglah. Maknanya, makin sikit indicator bar tu, lagi cepat minyak habis. Rasanya, ini ialah janjang arithmetic untuk kereta saya. Rasanyalah.

Namun, minyak baru ini hanya mampu clock 350km sahaja untuk full tank. Mula-mula tu ingat minyak baru ni tak ngam lagi dengan enjin ataupun sebab bercampur dengan minyak formula lama. Tapi dah tiga kali full tank saya isi, resultnya tetap sama. Dan semalam sekali lagi saya isi full tank. Kalau masih sama juga hasilnya (+/-350km), saya mungkin kena carik minyak lain untuk kereta saya. Yang lebih nilai untuk wang.

Untuk makluman, saya kini sedang berkira-kira nak pakai minyak BHP. Kalau ada rezeki boleh dapat Inspira! Muahahaha.

Ingat, ini adalah pengalaman saya. Pengalaman orang lain saya tak tau.

Monday, May 16, 2011

LESSON

Dalam hidup ini, ada banyak perkara yang kita pelajari. Mungkin ada antara yang kita pelajari itu adalah kategori "silibus baru", "ulangkaji", "kuiz" dan mungkin juga "final exam".
Antara perkara-perkara yang aku pelajari minggu lepas ialah:

1. Dunia ini bulat umpama roda. Kadangkala kita berada di atas dan kadangkala kita berada di bawah. Ingatlah orang yang berada di bawah semasa kita berada di atas.

2. Memastikan kemenangan melalui kedudukan adalah salah satu sikap yang menunjukkan keangkuhan ya amat.



3. Minda anak kecil adalah umpama span yang mampu menyerap banyak perkara yang berlaku disekelilingnya dengan mudah. Berhati-hati dengan apa yang kita "hidangkan" untuk mereka serap; dalam kita sedar ataupun tidak.

4. Kalau kita rasa kita ni susah, pasti ada orang lain yang lebih susah daripada kita. Oleh itu, bersyukurlah dengan apa yang kita ada.

5. Menyebarkan ilmu memang dituntut dalam Islam. Namun sebelum menyebarkan apa-apa ilmu, sila pastikan ilmu itu adalah sahih dan benar. Fitnah dan kesesatan memang menjadi-jadi dewasa kini apatah lagi dengan bantuan teknologi.

6. Duit tidak boleh di bawa mati. Hanya amalan dan budi yang dibawa pergi.

7. Walaupun Liverpool tidak ke Champions League tahun depan, yang penting mereka menunjukkan peningkatan permainan pada musim ini. You'll never walk alone.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, May 10, 2011

TAK SELERA

Semalam gua kerja kuat sampai tak selera nak makan malam. Dia punya tak selera boleh diibaratkan seperti sampai orang letak Prosperity Burger McD depan mata pun gua tak selera. Pergh.

Makanya gua mengambil keputusan untuk makan roti dengan telur mata je malam tadi. Namun setelah dicongak, ada kemungkinan "homemade benjo" tu tak akan bertahan lama dalam perut bersix-pack kental gua ni. Gua lantas mengambil keputusan menambahkan sosej kepada menu makan malam gua. Boleh jugak makan gulung dengan roti.

Malam semalam memang gua tak selera nak makan.
Gua cuma makan satu set homemade benjo berserta dengan 6 ketul sosej daging.
Sahaja.

Wednesday, May 4, 2011

LAJU & PADAT

Weekend gua baru-baru ni memang laju dan padat.

Sabtu:

1. Pagi tolong Memen (adik Shidah) pindah rumah dari Presint 15 ke Presint 11 Putrajaya. Tak banyak sangat pun barang dia. Cuma lori yang buat slack. Patut pukul 11am datang, calling-punya-calling, kencing-punya-kencing, yoyo-o-punya-yoyo-o, last-last pukul 4pm lori datang. Itu jam gua pun dah gerak nak balik Keramat sebab malam tu gua ada dinner.

2. Annual dinner itu ari buat kat Hotel Istana. Kelam-kabut jugak bersiap sebab sampai Keramat pukul 630pm. Campur nak mandi, bersiap, set rambut, trim bulu hidung semua dah pukul 715pm. Maghrib dulu beb. Nasib baik sempat sampai sebelum appetizer dihidangkan. Artis jemputan malam itu ialah Dayang Nurfaizah. Pergh! Memang terbaek! Suara dia nyanyi live macam dalam kaset siol. Balik jalan jam. Gua punya pandai jalan Kolumpo sampai tertembus ke Bukit Bintang. Malam minggu pulak tu. Lu jawablah sendiri! Tapi takpe, nasib baik kitorang dua-dua dapat lucky draw yakni coffee maker dan LCD TV 32" muahahaha sukses!

Ahad:

1. Tengah hari tu pegi majlis budak opis kawin kat Puchong Permai. Gua memang trauma masuk Puchong nih. Tiap kali masuk confirm sesat punya. Tak banyak, sikit pun jadi sesatnya. Nasib baik gua baru masuk Puchong minggu lepas, adalah bayangan sikit jalan yang gua pernah lalu tu.

2. Lepas Puchong kitorang runner ke Paya Jaras, Sungai Buloh pulak. Ada majlis aqiqah cucu Pak Lang gua. Pergh, kambing lagi. Tadi orang kawin kat Puchong pun diorang hidang kambing jugak. Diorang kata dekat je kalau ikut LDP dan Guthrie untuk ke Sungai Buloh dari Puchong. Gua kalau bab nak test-test jalan ni memang ikut intuition. Sebab hati ada kurang sedap, keyakinan diri ada kurang mantap, maka gua ikut jalan selamat (dan jauh) yakni Kesas dan MRR2. Gampang jauh. Takpe janji sampai. Seperti yang dijanjikan, gua pun belasah home made kambing Mak Lang gua. Lepas tu kepala gua berdenyut. Mak gua dah bising suruh pegi check blood pressure. Takut seh!

3. Malam mak gua nak belanja makan. Nak western katanya. Gua suggest Al-Ansar Steakhouse kat AU2 tu je, taknak dia. Last-last kitorang ke San Francisco Pizza kat Wangsa Maju. Dan gua order pizza je malam tu. Takut kepala bedenyut lagi. Mikael boleh nak buang air besar pulak masa kat restoran tu. Memang champion.

Isnin:

1. Pagi kitorang pegi picnic kat Kemensah (belakang Zoo Negara) dengan abang dan adik Shidah (Ado). Memang dah lama aku nak bawak Mikael mandi sungai sebab mandi laut dah banyak kali dah. Bila abang Shidah ajak aku kata, Why not? And off we went to mandi sungai kat Kemensah tu. Lepas gian katanya.

2. Tengah hari pegi melawat Latipah (bini si Memen yang pindah ari Sabtu kelmarin) yang dah pun selamat bersalin anak lelaki di Hospital Putrajaya. Tahniah kepada mereka. Baby dan emaknya sihat dan selamat alhamdulillah. Nama baby tak sure lagi. Ntah, tunggu jelah. Dan kitorang pun terus balik ke rumah sejurus selepas melawat.

Amacam? Laju dan padat kan? Sampai satu gambar pun aku tak sempat ambik. Cheh. Hampas.


Nota: Happy (belated) Labour's Day. Gua masa kecik dulu ingat cuti Hari Buruh ni untuk orang yang bekerja sebagai buruh je dapat cuti kehkehkeh.

Thursday, April 28, 2011

PETIKAN BICARA

Kita mesti dapatkan peruntukan daripada Penjaga Cakerawala. Mereka mahu kita rekrut dan bangunkan askar-askar yang berwibawa, maka sewajarnya kita mendapat peruntukan daripada mereka. Markas latihan dah dapat. Yang belum dapat ialah perkakas latihan.
-Ghapla Dungga, Kem Askar Ghaib

Nah. Ambik. Kami luluskan peruntukan untuk Kem Askar anda. Ingat, ROI (return of investement) Cakerawala mesti bagus. Pastikan anda dapat merekrut dan membangunkan askar-askar yang bagus di kem anda. Ingat kami dah berikan markas yang sepatutnya boleh muat 5000 rekrut dalam satu masa.
-Tinta Lulus, Penjaga Cakerawala

Gatekeeper Kem Askar Ghaib tu lembab. Lambat merekrut calon-calon sojar yang ada. Kami penat bukan main cari calon. Ada ke surat tawaran rekrut keluar seminggu sekali? Berkala katanya. Mestilah calon rekrut dah cabut pegi kem lain.
-Tempurung Satelit, Kem Askar Ghaib

Nombor 1: Nak keluar surat tawaran rekrut macam mana kalau calon pun tak ada?
Nombor 2: Memanglah orang buat kerja secara berkala. Itulah namanya kerja bersistem. Teratur. Profesional.
Apa yang bengap sangat nak pertikaikan benda lazim macam nih? Kalau kau dah tewas dalam peperangan mencari calon rekrut seperti yang dikehendaki kuota, mengaku sajalah. Hey... jangan main tuduh-tuduh (baca stail Jef dalam satu scene filem Ali Setan).
-Gatekeeper, Kem Askar Ghaib

Kalau kita cuma dapat 50 atau 100 je rekrut untuk jadi sojar pun takpe, janji berkualiti. Kalau dapat 1000 atau 2000 orang rekrut tapi hancur buat apa?
-Ghapla Dungga, Kem Askar Ghaib

Bukan ke Penjaga Cakerawala luluskan peruntukan kat kem kita untuk rekrut ramai gila sojar? Dan bukan ke peruntukan itu diluluskan berdasarkan projection sojar yang kita plan nak rekrut? Ribu-riban rekrut punya cerita nih beb! Tu yang Penjaga Cakerawala bagi tu. Untuk pemantapan sistem ekonomi Bima Sakti, kita memerlukan lebih ramai sojar yang berkemahiran, kata mereka lagi.
-Gatekeeper, Kem Askar Ghaib

Memang aneh Ghapla Dungga Kem Askar Ghaib nih. Bebal pun ada jugak.

Tuesday, April 26, 2011

TAHAP



Gua sibuk ya amat sampai tak sempat nak update blog nih.
Sibuk dek banyak kerja yang memang tahap.
Sibuk sampai nak potong rambut pun tak sempat.
Dia punya sibuk sampai Tambak Johor pun ada jugak.
Jangan bersugul, gua akan update dengan entry yang senonoh jika berkesempatan.
Meanwhile, sila baca blog lain kerana membaca adalah amalan yang mulia.

Sekian, terima kasih.


Nota: Entri kontot ni macam cilake.

Friday, April 15, 2011

TIDAK FAHAM

Berkaitan solat Jumaat. Ada beberapa perkara yang berlaku depan mata saya yang saya tidak faham.

1. Lazim masjid/surau di Malaysia menggunakan karpet belang sebagai panduan saf. Ada sesetengahnya tidak duduk dalam saf dengan betul sebelum waktu solat atau khutbah Jumaat yakni belah belakang badan melebihi saf diduduki lantas mengganggu ruang solat saf belakang. Nampak? Bukankah sikap ini menyukarkan makmum lain yang datang kemudian untuk bersolat sunat? Tak faham.

2. Saya pernah came across satu surau yang mempunyai tukang kutip sumbangan (untuk tabung surau saya percaya) semasa khutbah Jumaat berlangsung. Petugas ini akan meronda saf by saf sambil memegang gajet berupa kantung yang rupanya macam tangguk bertangkai panjang (supaya tidak perlu terlalu membongkok) untuk menjalankan tugas mereka. Wajar atau tidak petugas ini menjalankan tugas sedemikian semasa khutbah Jumaat berlangsung? Tak faham.

3. Vandalisme di surau atau masjid adalah satu hakikat fiil manusia yang tidak dapat saya terima sejak dari dulu, kini dan selamanya. Tak faham.

4. Sama juga dengan kes mencuri selipar atau kasut semasa pergi atau balik dari beribadah. Tak faham.

Anda faham ke entri saya ni?

Tuesday, April 12, 2011

WEEKEND

Berjumpa dengan En. Belang.


Ariana Maisara layan tido tanpa mempedulikan sekeliling.


Stail terkini tatkala memakai seluar berkocek.



Nota: Ya, kami ke Zoo Negara pada hari Sabtu yang lalu. Dan ya, kami berjaya tengok dua binatang kegemaran (dan yang sering menjadi sebutan) Mikael yakni sang Unta dan Tapir.

Tuesday, April 5, 2011

REQUEST

Petang itu seperti selalu-selalu, gua akan menyiram pokok-pokok di luar sambil bercakap dengan mereka. Orang kata kalau nak tanaman kita menjadi elok, kena rajin bercakap dengan mereka.

Gua pun tanpa segan-silu mencuba je lah petua yang entah betul entah tidak tu. I've got nothing to lose pun, kan? Oh tidak, gua cakap pakai telepathy je lah... kang si Padil dengar/nampak gua bersembang dengan pokok kang lain macam pulak dia pandang gua nanti.

Selepas selesai, gua pun masuk rumah. Biasanya dah nak dekat azan lah. Ataupun, dah abis azan. Dan hari itu, anak gua bersuara.

Mikael: Bapak, nak pegi zoo!
Aku: Haa? Nak pegi zoo nak tengok apa?
Mikael: Camel.
Aku: Camel? Unta?
Mikael: Ha.
Aku: Ok, nanti kita pegi zoo eh?
Mikael: Ha.

Rupanya kat Astro Oasis itu jam ada gambar unta. Mak dialah yang suruh dia cakap kat gua bila gua masuk rumah nanti. Dan itulah yang dilakukannya. Maka dengan itu, gua berazam akan cuba mencuri masa untuk membawa anak gua ke Zoo Negara. Kalau sempat, weekend ni kot? Insyaallah. Dia pun dah reti tengok binatang.


Nota: Nasib baik keluar gambar unta kat tv itu ari dan unta pun ada kat zoo. Kalau keluar beruang kutub macam mana? Masak gua!

Friday, April 1, 2011

SERIUS

Masalah yang biasa timbul jika wajah anda kelihatan lebih muda daripada umur sebenar anda ialah people don't take you seriously, not until they heard you talk intellectually or professionally.

Ini lazim berlaku kepada saya. Saya kata lazim sebab kebanyakan budak-budak baru nak naik ingat saya ini sebaya-baya atau lebih muda daripada mereka, walhalnya tidak.

Dalam kes orang yang memang lebih tua daripada saya pula, mereka biasanya menganggap diri mereka lebih arif tentang segala perkara, walhalnya tidak. Ego? Mereka cuma mulai hormat apabila mendengar butir percakapan/hujah saya (yang hebat itu hahaha).

Dan saya juga cenderung berjenaka apabila melihatkan wajah gamam mereka sejurus selepas saya berhujah. Untuk kurangkan stress terkejut mereka hahaha.

Ini sangat mudah dan jelas kelihatan dalam mesyuarat-mesyuarat yang saya hadiri. Atau mungkin juga perasaan saya aje kehkehkeh...

Tuesday, March 29, 2011

PLAN: EXECUTED






Sekian, terima kasih.

Friday, March 25, 2011

PLAN

UPDATE: Acara makan-makan kensel. Makanya aku ada masa terluang untuk kasi settle plan aku yang lain. Oh ya, Mikael ada sikit demam pulak. Blame it on the weather.


1. Weekend ni balik Keramat macam selalu-selalu, tapi tak overninght.

2. Balik Keramat pun untuk celebrate birthday ibu mertua (dan mungkin juga bapa mertua sekali) dalam sesi makan malam. Kemungkinan besarnya jadilah kot?

3. Balik Keramat pun untuk beli barang keperluan di Giant Setiawangsa. Malas nak shopping kat Carrefour Alamanda hari Ahad ni sebab confirm orang ramai macam setan. Gaji dah masuk katanya.



4. Ahad ni jiran selorong rumah ada buat tournament bowling kat Alamanda. Dua tournament diorang sebelum ni aku tak join. Kalau aku tak join lagi kali ni nanti kata aku monyet sumbang pulak, kan? Diorang tak tau ke aku dah lama benar tak bowling? Semenjak lutut ada masalah teknikal, memang bertahun lama jugak aku berenti bersukan. Dulu every week mesti main bola, futsal dan bowling masa ofis kat Shamelin dulu. Itu dulu lah... sekarang gua berkebun kat laman rumah je.

5. Rumput di laman nampaknya dah menuntut untuk ditebas. Malas benar rasanya nak keluarkan mesin rumput, nak menyapu rumput yang dah dipotong, nak masuk rumput yang dah dipotong dalam plastik, nak bersihkan mesin rumput... fih.

6. Laman belakang rumah pun dah menuntut untuk dikemaskini. Makin galak rumpai-rumpai ni naik nampaknya.

7. Weekend ni jugak nak kena carik time nak potong rambut Mikael. Dah panjang benar nampaknya. Nak potong rambut budak ni pun satu hal jugak stressnya. Nak hantar kedai, tak berkenan. Takut pun iye jugak sebab anak aku bukan jenis reti duduk diam.

Sekian saja plan saya untuk hujung minggu ini. Hah, siapa bilang hujung minggu boleh rehat-rehat?

Wednesday, March 23, 2011

SUATU MASA DULU

Masa tu belum SPM lagi, tapi dah nak dekat dah lah.

Aku dok bilik A6 sebelah A5. Bilik A5 lebih besar dari A6, maka lebih ramailah penghuninya. Antara budak batch aku yang dok A5 (yang aku ingat) ialah Izwan Ismail, Ghodof dan Paipon. Smarp yang dok Blok D selalu jugak melepak kat A5 tu.

Dalam banyak-banyak kejadian di A5, kejadian perbualan antara Smarp dengan Paipon adalah antara yang paling aku ingat.

Smarp: Kau lepas abis SPM nak buat apa Paipon?
Paipon: Aku? Aku ingat lepas abis paper SPM je aku nak tido taknak bangun-bangun... release tension.
Smarp: Heh, macam tu baik kau duduk kat zoo je.
Paipon: !@#$%^&...


Kredit untuk gambar.


Nota kecil:

1. Last aku check, Smarp dok kat Peranchis. Keje kat sana. Membesarkan anak kat sana. Kawin je kat Rawang. Tak taulah dia dah dapat Ir. ke belum.

2. Paipon last aku tengok dia keluar tv cerita pasal UM rasanya, ntah. Itupun ntah tahun berapa ntah. Lama dah pun. Skarang... mungkin jugak dia tengah tido kat zoo kehkehkeh...

Wednesday, March 16, 2011

VEHICLE

Seorang pelumba berbakat disuruh bersaing dalam F1 tetapi hanya diberikan kereta komersil (yang digunakan di jalan raya). Lucu bukan? Tapi itulah hakikat.

Mana mungkin boleh bersaing? Bentak pelumba itu. Namun bentakannya itu hanya mati situ lah saja. Apalah daya, pelumba itu hanya insan biasa. Marhain. Hendak tak hendak, berusahalah dia sedaya-upaya bersaing dalam persaingan F1 itu. Dengan niat tidak mahu pasukannya mendapat malu kerana sekurang-kurangnya mereka bersaing. Naik podium atau tidak, itu bukan argument yang valid.

Seperti yang kita maklum, sukan F1 sentiasa berevolusi dan semakin sengit. Ada saja peraturan dan syarat yang dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Dan pelumba tadi masih diarahkan supaya menggunakan kereta komersil yang sama. Metaforanya, badut yang memang kerjayanya melawak pun tidak sanggup melawak jika humor yang sama diguna-pakai berulang-ulang kali, bukan?

Untuk kesekian musimnya, pelumba itu masih lagi disuruh berlumba dalam F1 dengan kereta komersil yang sama. Gila apa mereka ini?

Maka duduk termanggulah sang pelumba seraya berfikir dan berteori bahawa: Mungkinkah sebab pelumba ini mampu memberikan persaingan dalam F1 walaupun hanya dengan memandu kereta komersil yang membuatkan ketua pasukannya beranggapan bahawa pasukannya masih mampu bersaing?

Walhal ketua pasukan itu tidak tahu bahawa luarannya saja nampak seperti kereta komersil, isi perut kereta itu memang tidak terduga hebatnya. Namun, itu semua adalah hasil usaha titik peluh pelumba itu sendiri. Nak harapkan peruntukan dari pasukan? Kirim salam! Apatah lagi nak bagi sokongan moral mahupun nak mendengar masalah pelumba itu sendiri. Hampeh.

Tibalah satu tahap di mana pelumba itu sudah fed-up nak berlumba lagi. Iyelah, keretanya yang sama jugak tak ditukar-tukar.

Apakah nasib si pelumba itu jika beliau dengan selamba dan beraninya memaklumkan kepada ketua pasukannya bahawa dia sudah tidak mahu berlumba lagi kerana keretanya sudah tidak mampu lagi bersaing dalam F1? Wajarkah beliau berbuat demikian?

Friday, March 11, 2011

MENCARI



Orang yang bersungguh-sungguh akan MENCARI masa.
Orang yang tidak bersungguh-sungguh akan MENCARI alasan.


Apa yang anda cari?

Tuesday, March 8, 2011

CHOICES

Ada yang berdegar-degar kata kalau peluang datang depan mata, nescaya dia akan ikut peluang itu tanpa banyak bicara. Tapi bila peluang tu betul-betul dah depan mata, tak pulak disebatnya.
Biarlah, itu pilihan dia.

Ada yang menghambakan diri kepada kerjaya demi meningkatkan ekonomi sehingga tak sedar ahli keluarga merindui kehadiran mereka walaupun setiap hari nampak depan mata. So near, yet so far.
Biarlah, itu pilihan dia.

Ada yang dulunya bersemangat menjunjung kerjaya dan professionalism tapi bersikap sebaliknya setelah bosan dengan ketiadaan perubahan selepas sekian lama.
Biarlah, itu pilihan dia.

Ada yang masih tidak mahu menerima hakikat bahawa mereka sebenarnya tidak matang dalam selok-belok kepimpinan mahu dari segi falsafah ataupun tauladan namun masih lagi berkokok angkuh.
Biarlah, itu pilihan dia.

Ada yang masih tidak dapat menerima hakikat bahawa Liverpool telah membelasah MU 3-1 tempoh hari (kehkehkeh).
Biarlah, itu pilihan dia.

Sila pilih dengan bijak.

Sunday, March 6, 2011

OUR WEEKEND ADVENTURE


Kat Maxis, Alpha Angle Wangsa Maju.


First time on Putra LRT to Ampang Park from Setiawangsa.


Breakfast at McDonald's Ampang Park.


Korang ingat senang nak suruh dia posing statik gini?


Last station before reaching Setiawangsa.

Thursday, March 3, 2011

GENETIK

1982

Satu budak lelaki bergulung-gulung menyorok belakang langsir sambil menangis pada suatu pagi akibat taknak pegi sekolah. Dia dihantar ke Tadika Fatima di Jalan Ampang dua tahun lebih awal dari budak-budak lain. Tadika ni pun dah jadi restoran Arab dan kedai kereta dah pun sekarang (sebelah Petronas & Shell Jalan Ampang).

Alasan klasik mak bapak beliau: Suka menyakat adik kat rumah. Oleh sebab itu, hantar dia masuk sekolah cepat sikit. Padahal cepat banyak.

Di hari-hari yang lain namun bukan setiap hari, selain menyorok secara bergulung di dalam langsir, beliau juga gemar menyorok di bawah meja makan dengan sebab yang sama: Taknak pegi sekolah.


2011

Satu budak lelaki dalam perjalanan ke Ana Montessori di Bangi dari Bandar Seri Putra. Dalam kereta sepanjang perjalanan dia memang steady. Sampai je depan pagar nursery, turun kereta, dengar bye-bye je dari mak bapak dia, terus rebeh menangis. Taknak pegi sekolah punya hal jugaklah ni.

Alasan klasik mak bapak beliau dan mak bapak yang kedua-duanya berkerja masa kini: Terpaksalah hantar anak ke nursery, kalau tidak siapa nak jaga?

Di hari-hari yang lain namun bukan setiap hari, beliau kadangkala gembira pula apabila ke nursery pada waktu pagi.

***

Soalan saya berbunyi: Adakah fiil tak mau ke sekolah boleh diwarisi melalui genetik?


Nota: Watak dalam entri tidak ada kena-mengena dengan penulis (uhuk!)

Monday, February 28, 2011

YAKIN GAGAH



Billy Ocean bilang:
When The Going Gets Tough, The Tough Gets Going

New Kids On The Block (NKOTB) bilang:
Hangin' Tough

Namun begitu, apabila "Going" nya sudah tahap keterlaluan merepeknya, adakah anda dikira tidak "Tough" jika anda enggan "Get Going"? Atau adakah anda tidak "Tough" jika tidak boleh "Hangin' Tough" lagi?

Makanya, suka saya ingin mencadangkan judul lagu baru di bawah yang secara terang berbaur sinikal kepada situasi di atas.

Billy Laut:
When The Going Gets Dumb, The Dumb Gets Going

New Kids On The Goblock (NKOTG)
Stayin' Dumb

Jangan risau, ini hanya sekadar satu lagi entri epileptik yang mampu mengurangkan stress saya.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, February 23, 2011

IN BETWEEN

Tidak ada apa yang perlu dikesalkan melainkan percaya bahawa setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Yang baik atau buruk adalah tafsiran kita. Yang terbaik untuk kita adalah tafsiran tuhan. Sila digest.

Aku sudah memulakan kerja mengedit dan mengemaskini gambar-gambar Mikael dari hari pertama kelahiran sehingga yang terkini untuk dicetak dan dimuatkan dalam sticky album. Banyak gilos! Deadline untuk disiapkan: Bila ia siap, ia siap.

Mulai berkerja semula selepas lemak bercuti adalah satu perasaan yang kurang menyeronokkan. Malas yang sebenarnya sebab dah tau banyak kerja menanti atas meja.

Menghadiri majlis cukur jambul anak Mon (sepupu Shidah) dan juga menjadi hos majlis cukur jambul anak Angah (adik aku) menjuruskan aku kepada satu teori yang relatifnya benar walaupun berbaur sedikit angkuh. Tapi ia benar. Aku tak boleh tahan dengan cuaca Malaysia beb, panas! Kehkehkeh... gampang benar bunyinya.



Gambar betis Azizulhasni Awang tertusuk sepihan kayu trek lumba basikal tempoh hari adalah sangat mengerikan. Tak dapat aku bayangkan kesakitannya, pergh! Apapun, gua salut lu bro!

Korang perasan tak harga barang di Watson's lebih murah berbanding di Guardian? (apple to apple comparison).

Aku percaya dewasa kini ramai rakyat Malaysia yang ternanti-nanti akan pendedahan identiti "Lelaki Y".

Baking is science and cooking is art. Guess what? I love cooking.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, February 16, 2011

PLANS

If things did not went the way you planned or wanted it to be, worry not because Allah have better plans for you.


Nota: Isteri saya keguguran semalam tapi jangan risau, kami OK.

Monday, February 7, 2011

CATATAN RUNCIT

1. Cuti Raya Cina kali ini memang betul-betul merehatkan. Jalan Kolumpo tak jam, shopping complex tak crowded dan bangun tido lambat adalah nikmat duniawi yang paling nikmat sekali.

2. Mengemaskini laman rumah dan tanaman kontan mini adalah aktiviti yang memenatkan namun menggembirakan.

3. Mengemaskini sawang dan habuk di rumah pula adalah memenatkan. Tak berapa nak gembira sebab terpaksa.

4. Melawat Cik Leman yang kemalangan pada minggu lepas agak menginsafkan. Dah tua-tua kena eksiden ni memang letih beb. Dan itu jugaklah first time gua tengok Cik Leman berjambang seumur hidup aku.

5. Menanam limau kasturi dengan kaedah paling primitif (dari bijik yang dikeringkan sendiri) adalah ujikaji terbaru gua dalam bidang botani. Gua insist nak cuba walaupun ada pihak mencadangkan supaya aku beli aje anak pokok kat nursery.



6. Mikael dewasa kini kemaruk menonton DVD Cars. Dah lama dah gua beli. Dulu dia tak berapa into sangat cerita Cars nih. Malam tadi nak tido pun boleh request nak tengok Cars. Budak lelaki memang begitu gamaknya.

7. Pokok cili padi gua nampaknya macam sakit. Mungkin tak cukup nutrien atau mungkin akibat serangan ulat terbang warna putih (mak gua kata binatang tu dipanggil bena) yang suka menyibuk kat bahagian bawah daun. Gua kini dalam proses memulihkannya.

8. Black Pocket gua akhirnya dicuci pada Jumaat lalu. Kereta hitam ni kalau bersih memang kacak. Apatah lagi kalau tuannya pun dah memang kacak. Pergh, cerita banyak pun tak guna. Oh ya, Black Pocket ialah nama yang baru gua cipta untuk kereta gua. Copyright Reserved.

9. Mikael lebih mahir bermain iPad berbanding gua. Tapi gua tak kecik hati pun.

10. Gua ada bercadang nak upgrade ke Astro B.yond tetapi terpaksa membatalkan hasrat tersebut setelah Padil (jiran sebelah) kata sama je, kalau time hujan dia tetap akan keluar Services currently not available. Apa barang beb?


Nota: Gong Xi Fa Chai kepada yang menyambutnya!