Friday, May 29, 2009

GULING

Aku SMS Angah malam tadi mengingatkan dia bahawa Knight Rider akan start pukul 9 malam. Jam masa tu 845 malam. Selain itu aku juga memaklumkan berita terkini mengenai Mikael dengan harapan dia akan bagitau mak aku. Ia berbunyi: Mikael dah boleh berguling-guling.

Tring! SMS Angah masuk dan berbunyi: Dia dah guling2 ke mana? Dah sampai dapor ke depan?

Aku balas: Dah sampai Nilai 3.

Tring! SMS Angah masuk dan berbunyi: Hahaha cayalah!

Wednesday, May 27, 2009

BRAVO

bra-vo

–interjection
1. (used in praising a performer).

–noun
2. a shout of “bravo!”
3. a daring bandit, assassin, or murderer, esp. one hired to steal or murder for another.
4. a word used in communications to represent the letter B.

–verb (used without object)
5. to shout “bravo!”


***

Mat Rempit (sekarang Samseng Jalanan) majoritinya ialah anak bangsa Melayu.
Bravo! Kataku bertepuk tangan.

Kes buang bayi majoriti durjananya ialah anak bangsa Melayu.
Bravo! Kataku bertepuk tangan.

Kes rogol kebanyakan "peserta"nya ialah anak bangsa Melayu.
Bravo! Kataku bertepuk tangan.

Sumbang mahram juga di"kuasai" oleh anak bangsa Melayu.
Bravo! Kataku bertepuk tangan.

Aku dah penat bertepuk tangan.

Tuesday, May 26, 2009

LAP 1996

Masa di UTM Skudai dulu, pelajar tahun 1 memang tak boleh bawak motosikal. Motobot apatah lagi. Apa rasionalnya pun aku tak tau. Pelajar tahun 2 ke atas saja yang boleh bawak motosikal di kampus. Gampang bukan?

Dalam pada itu, ada jugak kengkawan aku yang tak pedulikan peraturan tu. Tapi diorang tak daftarlah motosikal diorang. Kalau pak guard tahan, pandai-pandailah.

Aku ada lesen motosikal. Bapak aku suruh amek lesen B full. Senang katanya. Bila-bila kau nak beli motor besar dah ada lesen. Tapi sampai sekarang haram satu motosikal besar pun aku tak mampu beli.

Aku ada kawan budak Kampung Baru, Fendi namanya. Dia antara yang berani bawak motosikal pada tahun 1 pengajian. Dia ada motosikal Suzuki RG 110. Tapi lesen L. Aku selalu gelakkan dia sebab gaya dia bawak motosikal memang tak kacak langsung! Tapi tak boleh selalu gelakkan dia sebab aku selalu tumpang dia nak pergi kuliah atau pergi makan atau jalan-jalan.


Inilah motosikal Suzuki RG 110. Tapi ini bukan motosikal Fendi.

Ada satu hari tu kitorang nak pergi Taman Universiti. Urusan apa aku pun dah tak ingat. Dah motor Fendi, Fendi lah bawak kan? Aku bonceng aje. Sampailah ada satu lap baik ni. Aku bilang, "Kau lap tak syoklah Fendi". Darah muda jangan dicabar dan Fendi pun melakukan lap ala-ala Randy Mamola pada kelajuan 40km/j hahaha.

Tiba-tiba Fendi gagal mengawal motosikalnya. Kaki kirinya tersagat pada kaki lima jalan ntah berapa meter sampailah kitorang berdua tergolek dog atas pavement tu. Berguling-guling wa cakap lu. Dahlah tengah hari buta.

Seketika kemudian, aku bingkas bangun dan dapati aku hanya cedera ringan di lutut. Jeans aku ada lubang kecil. Damn! Fendi sikit tak perasan kaki dia tengah berdarah dengan banyaknya. Dia marah-marah sebab tergolek tadi sambil menghempas helmet merahnya. pelan-pelan aku tunjuk kaki dia yang berdarah banyak tu. Fendi terus terduduk macam nak pitam tapi tak pitam.

Aku take over motor Fendi dan bawak di ke klinik berhampiran. Tiada kemalangan jiwa berlaku.

Monday, May 25, 2009

SIMFONI BILIK REHAT

Perut aku memang tak sedap pagi tu. Memulas-mulas macam mesin basuh dengan muatan yang paling maksimum. Tapi kelibat Hasan Miskam belum nampak lagi. Gampang. Janji pukul 745 pagi. Ini dah pukul 8 pagi tak nampak lubang hidung lagi, apa barang?

Aku nak pergi bilik rehat jadi serba-salah. Hasan Miskam ada bilang semalam, aku boleh singgah kejap je bro. Jumpa kau, ambik barang, cargas gerak. Time and tide waits for no men katanya. Ptuih. Yang aku dok menunggu ni mende?

Perut sekali-sekala mengeluarkan gas yang baunya setahap bangkai. Cenderung aku terkenangkan tom yam dan kangkung belacan yang aku makan malam tadi. Nasib baik takde orang yang berhampiran lalu-lalang. Kelibat Hasan Miskam masih belum nampak. Cilaka.

Jam dah 810 pagi. Sisa toksik dalam perut sudah tidak sabar mahu melihat dunia. Aku nekad ke bilik rehat berhampiran untuk menunaikan hajat. Kalau Hasan Miskam datang, kau tunggu lah. Takkanlah begitu lama aku di bilik rehat dengan kadar kecemasan seperti ini bisikku dalam hati.

Sebaik aku selak daun pintu bilik rehat berhampiran, kedengaran bunyi flush dari jamban tengah dan bunyi kunci pintunya dibuka. Aku sudahpun mula membuka tali pinggang on the way nak masuk jamban no. 3. Boleh hisap rokok.

Tiba-tiba kulihat wajah Hasan Miskam keluar dari jamban tengah seraya berkata, "Dahsyat betul penangan tom yam dan kangkung belacan semalam eh? 15 minit aku sembur, keluar sikit-sikit".

Dan aku keluar dari bilik rehat 10 minit kemudian tanpa sedikit pun rasa kesal membiarkan Hasan Miskam menunggu.

Friday, May 22, 2009

DOA



Semasa mendoakan kekayaan, jangan lupa berdoa untuk dijadikan seorang yang pemurah juga.

Semasa mendoakan kesihatan, jangan lupa berdoa untuk kesihatan ahli keluarga yang lain juga.

Semasa mendoakan keterangan hati, jangan lupa berdoa untuk menggunakan ilmu yang ada ke jalan yang mulia juga.

Semasa berdoa, percayalah tuhan sentiasa mendengar dan sebarang keputusan-Nya adalah sentiasa yang terbaik untuk kita.

Semasa berdoa, jangan pernah putus-asa kerana tuhan tak pernah putus asa mendengar doa kita.

Semasa berdoa, jangan main-main. Hati mesti ikhlas dan jujur.

Thursday, May 21, 2009

BISNES MASA DEPAN

"MLM is the business of the 21st century and the future!" kata Mazlan.

"Ye ke?" aku membalas.

Multi-Level Marketing atau MLM bukanlah sesuatu yang gua into. Memang tak sejoli langsung dengan minat gua. Mind-block gua untuk bisnes abad ke-21 ni memang sangat kental. Nak kena jadi ahli, nak kena cari ahli, nak kena pegi meeting, nak kena pegi seminar, ahhh... macam-macam lagilah aktiviti yang memang tak kacip dengan karakter pemalas-tapi-nak-kaya macam aku nih hahaha.



Mazlan, kawan ofis aku jual Shaklee. Dah tahap Supervisor katanya. Hebat barangkali. Ramai orang kat ofis ni dah jadi downline dia. Bertatih jugak. Tapi sampai sekarang aku tak nampak lagi dia pakai 5 series. Lagilah aku tak minat.

Pakcik aku sorang jual Hai-O. Dia ni memang meletup. Sekejapan dia mampu pakai Honda Accord wa cakap lu! Sampai berenti kerja lah buat menatang ni full-time laki-bini. Fuh! Betul real diorang ni aku cakap.

Tapi, kau cakaplah apa pun. Kau sembanglah bak halilintar perihal MLM ni. Walau apa barang jua kau bawak, apa sistem pun kau bawak, aku memang akan menolak dengan jitu sekali. Tiada kompromi. Harap maaf, MLM tiada tempat dihatiku.

Wednesday, May 20, 2009

NASI LEMAK

Satu petang tu, aku dan Shidah bercadang nak singgah Jusco AU2. Balik kerja terus singgah. Ini ekspress punya shopping nih. Cari barang Mikael sikit.

Kitorang dapat spot parking baik punya. Jenis tak sampai 34 tapak dah sampai eskalator. Pun begitu, kami tetap melangkah dengan gaya tergesa-gesa kerana mengejar masa. Masa itu emas kata pepatah dulu-dulu.


Kedai Nasi Lemak Antarabangsa yang original di Kampung Baru

Naik eskalator nampak kedai pokok, lepas tu ada brader jual jagung cawan. Not today brader, kataku dalam hati. Di depan ada kedai makan baru. Nasi Lemak Antarabangsa. Fuh! Francais maut diorang nih. Stylo habis restoran dia!

Tiba-tiba ternampak kawan sekolah aku yang fanatik Manchester United si Izwan Ismail melambai-lambai dari dalam kedai itu. Aku dan dia segera bertemu di satu titik di luar kedai makan stylo itu. Eh, lepak dulu sini minum-minum kata Izwan. Aku nak cepat nih, beli barang anak sikit. Sambil mengerling ke arah meja dari Izwan datang. Ada geng dia. Malaslah.
Padahal dalam hati: Apa barang lepak minum kat kedai nasi lemak?

Apa kau buat sini? Tak lepak Hj. Tapah ke? Aku tanya sebab rumah dia belakang Restoran Hj. Tapah, Taman Permata. Yang juga tempat lepak kegemaran aku dan Raddy.

Eh, aku terlupa nak ajak kau itu ari. Budak-budak semua datang. Aku baru bukak kedai ni, share ngan partner aku. Sambil menunjuk ke gengnya di meja tadi.

Ooo... nanti lain kali lah aku singgah. Dapat makan free ke? Heheheh...

First visit boleh laa... lain kali kena la bayar hahaha...

Orait, nanti aku promote kan kat mana-mana insyaallah.

Tuesday, May 19, 2009

TIDAK LAGI

Mak aku memang semulajadinya suka bagi orang makan. Tak kiralah siapa datang rumah pun, kalau timing tetamu tu tepat atau sipi-sipi waktu makan, seboleh-boleh mak aku akan jamu makan. Makan apa jangan kira. Jam-jam tu jugak dia cuba goreng apa ada. Tak pun, kitorang yang akan jadi mangsa kena beli makanan kat mana-mana.

Itu bab tetamu. Korang tak pikir bab anak-anak dia pulak? Mak aku kalau tengok anak-anak ramai je kat rumah (kebetulan semua balik kerja serentak sebab nak layan Mikael), dia mulalah nak goreng ntah hapa-hapa. Tak pun, dia dah ready awal-awal dengan membeli sajian minum petang sebelum kitorang balik.

***

Masa Mikael tak sihat itu ari kitorang memang duduk Keramat seminggu. Tiap-tiap hari balik ada je sajian minum petang. Kengkadang ada goreng pisang, ada keladi goreng. Kalau hari Rabu meriah sikit sebab ada pasar malam, maka adalah popiah basah dan apam balik. Kengkadang nugget pun jadi!

Tapi satu hari tu, gua bukak tudung saji, takde sajian minum petang yang konvensional. Perut pulak jam-jam tu nak main wisel. Tiba-tiba mak gua bersuara dari dapur, "Tu ada BigMac sorang satu. Air dia dalam peti ais. Makanlah".

Gua terkedu kejap. Macam mana ni? Aku dahlah tengah boikot McDonald's nih. Kang tak makan durhaka pulak...

***

Malam tadi.

Gua memang handal sebab mampu menghabiskan sebijik Chicken McDeluxe tak sampai 7 minit malam tadi. Kalau tak sebab BigMac itu ari, jangan harap aku dapat bedal burger nih.


Nota: Jangan durhaka pada ibu bapa.

Monday, May 18, 2009

KLINIK FAMILI, SETIAWANGSA

Badan gua memang tak fit langsung Sabtu itu ari. Kepala pening. Suhu badan pun boleh tahan panas. Ini petanda nak demam lah ni. Gua bantai tidur sepanjang tengah hari di rumah mak gua. Memang tidur mati.

Gua sedar dah pukul berapa ntah tak tau. Tapi belum malam lagi. Cargas gua turun tapi macam orang mabuk terhuyung-hayang. Akibat sakit kepala. Kena gerak jugak nih, kang apa kata mak mertua. Minggu ni giliran tidur di rumah mertua, belakang aku pengsan kat rumah mak aku separuh hari. Apa cerita?

***



Klinik ni memang terkenal lembabnya di kalangan aku dan rakan-rakan opis. Banyak berbual doktor dia. Dia tak tau ke kat luar ni orang dah ramai macam nak beli tiket wayang Jurassic Park masa tahun 1993 dulu?

Ada dua beradik ni bukan main ligat ya rabbi. Berlari sana, berlari sini. Terjerit sana, terjerit sini. Memanjat sana, memanjat sini. Aku yang demam dan sakit kepala ni rasa makin demam dibuatnya. Mak dia punya malu sampai bawak anak dia tunggu kat luar klinik. Bapak dia ntah ke mana. Mengorat awek FotoZoom kot hahaha.

Sampailah giliran dua beradik ni ambik ubat. Mak dengan bapak dia kat kaunter, dua beradik ni sibuk main pintu masuk itu jam. Berat pintu kaca tu. Main punya main sampai jari si abang tersepit. Dia menjerit-jerit. Bapak dia kelam-kabut bukak pintu tu sambil ugut nak lempang anak dia. Padahal aku tau bapak dia cuak dan main-main je bagi amaran keras tu.

Kihkihkih gua tergelak dalam hati sambil menunjukkan logo kacang mengelembu jenama Ngan Yin pada budak yang jarinya tersepit itu.

Friday, May 15, 2009

BERITA KILAT

Pokok bunga raya yang Mat Taib ambikkan itu ari sahih mati. Aku rasa akar dia dah kena makan dengan geng anai-anai dari sebelum Mat Taib bagi aku lagi. Dan kejap lagi sebelum balik aku nak jadi ninja rembat sebatang-dua lagi dahan bunga raya (campur back-up) dari lanskap ofis aku yang tak cantik tu sekali lagi. Kali ni tanpa bantuan Mat Taib.

Apa jadah ninja keluar siang-siang buta?

CAFE

Aku akan bersarapan di cafe depan ofis aku hampir setiap hari. Melainkan tekak aku ada selera nak makan di tempat lain, yang biasanya jauh dari ofis. Alang-alang dah makan kat luar tu, pegilah jauh sikit kan?

Cafe depan ofis aku ni di "run" oleh anak-beranak. Aku tak pernah tanya pun tapi aku tengok muka diorang "sepesen" je semua maka teruslah aku buat rumusan bahawa cafe itu adalah bisnes keluarga. Jabatan cashier dia letak anak perempuan dia. Tinggi besar woh. Siapa berani masuk lah hahaha.

Diorang ni bukak cafe sama macam time aku datang kerja iaitu 730 pagi. Apa barang? Itu yang selalu time aku nak makan pagi dalam pukul 815 pagi ntah hapa-hapa je yang dipaparkan. Sudahnya, aku akan turun makan jam 825 pagi. 10 minit grace period. Pun kadang-kadang gampang tak siap lagi.

Seperti kelazimannya, aku ambik makanan, order air, tanya berapa hengget semua tiba-tiba...

***

Kedengaran hentakan tapak kasut dengan gaya berlari yang kelam-kabut dari pintu masuk ofis ke wing belakang ofis. Senyap. Dan bunyi kelam-kabut tadi ke depan balik. Sampai cafe.



Berapa ringgit tadi? Aku tanya cashier tu sambil menyeluk dompet yang baru aku ambik dari ofis tadi sambil menyedut teh o ais yang berpeluh di atas kaunter akibat penat berlari.

Thursday, May 14, 2009

RAMBUT

Aku memang dari dulu ada masalah dengan stail rambut aku. Entah kenapa, ada je yang tak kena. Tebal lah, senget lah, banyak rambut gatal lah dan sebagainya.

Kronologi stail rambut aku:
Rambut pendek, sudah.
Rambut panjang, sudah.
Botak, sudah.
Rambut ada ekor stail mat rempit, tak selera.

Sekarang aku ingat nak berambut panjang balik. Mengingatkan kata-kata saudara segenetik aku: Kita ni dahlah spesis tak berapa nak ada rambut, sementara berambut nih, simpanlah rambut.
Hahaha gua gelak.

Tapi sekali pandang stail rambut aku sekarang aku rasa tak ubah macam Zohan (Adam Sandler dalam filem Don't Mess With The Zohan) tak pun Latif Ibrahim. Dua ni je.

Hahaha gua gelak lagi setiap kali tengok wajah gua di cermin.

ALPA

Ada sesetengah orang memang jenis lupa diri. Tak reti bersyukur. Angkuh kerana kuasa. Memandang rendah orang lain. Bodoh sombong.

Dan aku paling tak boleh toleransi bila bab makanan yang menjadikan mereka sedemikian rupa. Gampang sungguh sikap sebegini. Sesungguhnya aku tak suka manusia yang bersikap begini. Siapa yang suka, ye tak?

Belajarlah bersyukur. Janganlah angkuh dengan kuasa. Jangan pandang rendah orang lain. Jangan malu bertanya kalau sesat jalan.

Semoga tuhan menunjukkan jalan kepada spesis ini.

Wednesday, May 13, 2009

AKHIRNYA

Hujan baru turun. Lebat rasanya nih. Berapa minggu punya kerja keras awan kat sini baru boleh bocor takungannya. Alhamdulillah.

Dah, lepas ni jangan nak komplen banjir pulak.


Nota: Bunyi petir mengingatkan aku pada Mikael yang cukup trauma dengan bunyi tersebut.

DULU

Dulu aku ialah seorang kanak-kanak yang mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan mungkin kanak-kanak lain pun ada yang macam aku. Tapi sesetengah imaginasi aku hanya tinggal imaginasi.

Dulu aku ingat tanda TO LET di bangunan rumah kedai adalah kesilapan ejaan untuk TOILET yang tidak disengajakan.


Ini ialah berudu, bukan ikan ye adik-adik

Dulu aku ingat berudu itu adalah anak ikan sehinggalah ia tumbuh kaki.

Dulu aku ingat telur ayam yang baru keluar dari bontot ayam adalah lembik dan kemudian barulah menjadi keras. Rupanya tidak, dia keluar seketul-seketul kata mak aku.

Dulu aku ingat aku boleh jadi Spider-Man dengan membenarkan labah-labah menggigit aku. Puas aku tangkap labah-labah dan suruh dia gigit aku tapi dia taknak.

Dulu aku ingat oreng kenit (tinggi 2 inci) itu wujud. Dan aku juga boleh mintak mereka menjadikan aku sekenit mereka. Oleh itu, aku pun mempersiapkan rumah kenit aku in case aku "ter"jadi orang kenit 2 inci. Tapi aku dapati badan aku semakin membesar dan sampai sekarang aku tak pernah jumpa orang kenit 2 inci tu. Rumah kenit aku pun entah ke mana.

Dulu aku ingat jatuh basikal dan luka lutut dan siku adalah yang paling sakit. Rupanya sakit di hati adalah lagi sakit dari semua sakit.

Dulu aku ingat jadi orang besar (dewasa) tu best, namun sangkaan aku meleset.

Tuesday, May 12, 2009

CLASSIC ROCK

Cuaca panas betul semalam. Bukan semalam je, malah hari-hari dan minggu-minggu sebelum ini juga. Nak komplen? Hah, komplen kat tuhan lah kalau berani hahaha.

This is a part of the earth's cycle. It will pass. Kita rasa sangat panas sebab Malaysia berada di "sunbelt" atau garisan Khatulistiwa yang kedudukannya sekarang sangat hampir dengan matahari (ingat: bumi sentiasa berputar dalam orbitnya mengelilingi matahari). Itu kata artikel yang aku baca.

Dan malam semalam aku mandi sebab dah melekit sangat badan aku nih. Sambil-sambil nak mandi aku bukak siaran radio kat astro. Jazz tak berapa kacip itu jam maka aku switch ke Classic Rock.


Better Than Ezra

Dan lagu yang berkumandang masa tu ialah Good - Better Than Ezra. Dah jadi klasik lagu ni eh? Cepat benar? Ke, umur aku dah meningkat tapi aku tak sedar? Ehhee...

Monday, May 11, 2009

CUACA PANAS? INI LAGI PANAS

Mohammad Nizar MB Perak yang sah
11/05/2009 3:53pm


KUALA LUMPUR 11 Mei – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah.

- Utusan



Nota: Sila rujuk nota kecil brader Pyanhabib di sini.

TANGAN HIJAU

Telah aku katakan sebelum ini bahawa aku baru nak berjinak-jinak dalam lapangan berkebun. Hahaha macam gampang bunyinya. Ye ke? Sukati koranglah nak cakap apa. Tapi aku dah start dah pun. Hahaha.

Aku bukanlah seorang yang bergelar "green hands" atau "tangan sejuk" dalam bidang bercucuk-tanam ni. Tak macam sesetengah orang, campak biji tembikai pun menjadi. Tapi bila difikir balik, kalau seseorang tu macam spesis aku yang bukan "tangan sejuk" nih tak reti buat benda lain selain bercucuk-tanam dan itu jugaklah sumber rezeki dia, macam mana? Logik ke alasan tu? Cheh.


Ini namanya bunga kantan

Jadi, atas semangat itulah aku pun belasah je dengan berpegang kepada mutiara kata: Tidak rugi berbudi dengan tanah (hek eleh menggelabah betul la dia nih). Apa budi yang aku tabur pada tanah? Haa... setakat ni aku dah berjaya menanam serai, pandan dan bunga kantan yang nampaknya tengah follow-up. Alhamdulillah. Korang cakaplah hek eleh serai dengan pandan pun kecoh... korang try la tanam sendiri tengok menjadi ke tidak? Mengutuk senanglah.

Asas bertani memang tahap paling rendah yang aku ada. Rujukan aku ialah mak mertua dan mak aku selain jiran belakang rumah yang juga orang Jawa Batu Pahat dan juga senior aku di SDAR dulu. Pelan-pelan kayuh katanya. Yang penting kau siraaam je selalu (sila perhatikan perkataan siram dieja dengan 3 "a"). Pokok ni mula-mula memang dia macam nak mati, tapi kau buat tak tau je dan terus siraaam je (ini bukan salah taip). Nanti lama-lama dia naik lah. Ok kataku. Jawa (nickname jiran aku di sekolah dulu) juga dah booking tunas pokok bunga kantan aku bila dah membiak kelak. Aku kata no problem, tengoklah menjadi ke tidak dulu.

Dan weekend baru ni aku mencuba spesis lain pulak. Tanaman hiasan katanya. Aku mintak Mat Taib (budak opis aku) tolong rembatkan anak pokok bunga raya putih dan anak pokok buluh (rebungnya) dari lanskap opis aku yang tak berapa cantik tu hahaha. Alah, bukan nak buat berniaga pun... nak tanam depan rumah je hahaha. Dan aku jugak mintak anak pokok berus (?) dari Halim, jiran aku. Apa nama sebenar pokok ni entah, aku bantai panggil pokok berus je. Senang hidup katanya. Aku kata, bolehlah aku try, bak sikit.

Sekarang aku hanya ikut petua Jawa iaitu: Kau siraaam je (terkahir kali perkataan siram memang sengaja dieja dengan 3 "a"). Dan itulah rutin aku sebelum dan selepas balik kerja sekarang.

Friday, May 8, 2009

RINGKAS

1. Mikael dah pulih dari HFMD and he's more cheerful than ever, alhamdulillah.

2. Esok malam ada majlis BBQ kat kawasan kejiranan aku. Weekend ni aku di Seri Putra lah nampaknya.

3. Petang ni insyaallah aku akan dapat anak pokok buluh dan pokok bunga raya untuk aku mulakan usaha menanam tanaman hiasan. Note to self: Don't forget to buy some black soil.

4. Cuaca panas sebegini amat merisaukan aku terhadap pokok bunga kantan yang aku tanam belakang rumah. Ada tunas baru nak naik dan aku takde seminggu kat rumah untuk menyiramnya. Hang in there kantan.

5. Uda aku masuk hospital itu ari. Suspek jantung ada problem.

6. Penggunaan petrol kereta aku selama seminggu ulang-alik KL-Bangi-KL lebih kurang sama je macam aku dok Seri Putra? Cuma tol je mahal.

7. Claim aku tak dapat-dapat lagi sampai hari ni. Lebih kurang rm100 tu...

8. Aku mengeluarkan offer letter terbanyak pada satu masa selama berkerja di sini (rekod syarikat dan peribadi). Ia dikeluarkan beberapa hari yang lalu. Berdengung!

9. Buku kupon Jusco sangat menarik. Cepat redeem.



10. Nak kena shopping baju Mikael. Banyak yang dah tak muat. Cepat betul membesar budak nih.

Tuesday, May 5, 2009

PANGGILAN

Betul... saya minat sangat dengan benda nih.

Alah... semua orang kata macam tu (dalam hati: termasuklah awak).

Tidak... saya memang betul-betul minat.

Kalau betul minat, kenapa baru sekarang cari? Kenapa tak 2-3 bulan dulu?

Dulu saya tak tau, sekarang baru tau ada benda macam ni.

(dalam hati: ke... dah tak kedapatan di tempat lain?)

...

(masih dalam hati: apa jadi pada tak kenal maka tak cinta? ini tak kenal pun dah cinta, apa barang?)

Tolonglah, saya memang betul-betul berminat dengan benda nih.

Iyelah (dalam hati: whatever!), sekarang awak kena download, lengkapkan dan hantar secepat mungkin kepada kami.

Takde online ke?

Takde (dalam hati: aku lempang karang dia nih, banyak hal pulak).

Monday, May 4, 2009

HANG IN THERE SON

Aku banyak kerja dan update blog bukanlah obligation aku kepada masyarakat. Walaupun aku ndak sangat update blog yang tak semenggah nih. Jiwa kacau bunyinya.

Hidup aku agak kucar-kacir minggu lepas dan aku jangka minggu ini juga. Sebabnya Mikael demam dah seminggu. Ubat demam klinik biasa, tak jalan. Check2 dengan pediatrician rupa-rupanya early stage of HFMD. Tak serius kata Dr. Shanaliza yang kaya dan bukak kliniknya di Wangsa Maju itu sesuka hatinya tapi dia sangat baik. Tak payah masuk ward katanya. Takde ubat yang specific pun. Dia cuma bagi ubat ulcer dan krim sapu untuk rashes yang tampak jelas di kaki Mikael.

Minggu ini dijangka kucar-kacir sebab aku letak Mikael kat Keramat. Kasik sihat betul baru hantar nursery balik, insyaallah. Dan dah tentu aku pun dok Keramat minggu ini. Rejim travelling yang paling memenatkan bermula semula.

Jangan tanya kat mana anak aku kena HFMD tu sebab aku pun tak pasti. Pesanan aku, kalau nak masuk baby changing room kat mall, berhati-hati dan kalau boleh elakkan.

Adios.